widget

Thursday, February 23, 2012

wanita paling tertekan di dunia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-5qs8gmU9yNFwJySg0nxHfbbfShhVbZ8jen38X3GTNoTKwykILLhogTpbamug2lNrG6iMTkS5Ur04n3y4QKyBVRiJRs9JpLiLIQ5JWhr2EXjEELgmUCUbj_ocNPnV9dvuyEZCu8WobDk/s1600/stress.jpg 
Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik  mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita.

Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.

Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.

Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertinggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).

Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13. 

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

10 bahasa utama dunia

Berikut senarai kedudukan bahasa mengikut kepentingannya, kepentingan sesuatu bahasa dikira berdasarkan 6 kriteria berikut:
  • Jumlah pengguna sebagai bahasa utama
  • Jumlah pengguna sebagai bahasa kedua
  • Jumlah populasi atau negara menggunakannya
  • Jumlah kegunaan dalam bidang utama seperti ekonomi, sains dan juga diplomat
  • Kekuatan ekonomi, ketenteraan negara pengguna bahasa tersebut
  • Prestij keutamaan dunia terhadap pengguna bahasa tersebut
Berikut senarai keutamaannya sepertimana yang kajian yang dilakukan oleh Georges Weber:

  1. Inggeris
  2. Perancis
  3. Sepanyol
  4. Rusia
  5. Arab
  6. Mandarin
  7. Jerman
  8. Jepun
  9. Portugis
  10. Hindi/Urdu

Untuk memartabatkan bahasa melayu segala kriteria yang di senaraikan di atas perlulah dipenuhi. Kita perlu memastikan bangsa kita manjadi pusat kajian dan penemuan ilmu-ilmu terbaru.

Kita juga perlu memastikan kelengkapan ketenteraan kita kuat dan di geruni di dunia.

Kita juga perlu menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...