widget

Friday, April 13, 2012

7 jenis makanan anti penyakit

Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Dan jika Tuhan mentakdirkan penyakit datang ke atas makhluk dan hambaNya, maka tiada siapa dapat menghalangnya. Cuma kita disuruh berikhtiar untuk menghindari penyakit.

Bukan setiap jenis makanan dapat melindungi tubuh dari penyakit, beberapa di antaranya ada yang berfungsi sebagai pembekal tenaga, penyokong proses metabolisme tubuh dan sebagainya.

Tujuh jenis makanan di bawah ini insyaAllah boleh membantu tubuh anda terhindar dari penyakit secara alamiah jika sentiasa mengamalnya.


Madu

Makanan yang dihasilkan oleh lebah ini berfungsi sebagai antibiotik alamiah dan antiseptik. Selain mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, madu juga mengandungi zat pemacu kekebalan tubuh. Biasanya madu digunakan untuk mengubati alergi, asma, dan masalah pernafasan lain.


Yogurt----- peberet saya :)

Bakteria baik seperti Acidophilus dan bifidus yang terdapat dalam yogurt berperanan mengurangkan pertumbuhan bakteria jahat dalam usus, memperbaiki fungsi kekebalan tubuh serta merangsang pengeluaran vitamin K.


Bawang putih

Kandungan allicin dalam bawang putih boleh berperanan sebagai antivirus dan antibakteria.


Cili Merah (Cayenne)

Cili Merah @ Cayenne dapat merangsang peredaran darah dan mengubati beberapa penyakit pencernaan. Makanan ini mempunyai kadar vitamin A, B, C, kalsium, dan potasium yang tinggi.


Asam dan alkalin

Campuran asam atau alkalin yang seimbang didakwa memperbaiki pencernaan dan membantu penyembuhan. Contohnya minuman perahan limau yang dicampur dengan air hangat.


Sayuran hijau

Kobis, swiss chard, dan bayam merupakan beberapa bentuk sayur-sayuran hijau yang mengandungi vitamin B12, asam folat, potassium, vitamin A, C, dan K, yang semuanya dikenali boleh meningkatkan kekebalan tubuh.


Halia

Jenis makanan ini boleh membantu mengeluarkan peluh, meneutralisasi racun, menurunkan demam, mencetuskan pelepasan lendir dan berkesan untuk melegakan pernafasan dan saluran paru-paru.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...