widget

Sunday, September 30, 2012

macam mana kalo perempuan pinang lelaki?


1) Perempuan kalau dia nak meminang, kena pinang lelaki macam mana?

Bukan senang perempuan nak meminang lelaki ni. Alang-alang pergi meminang lelaki, cari lah lelaki yang super. Yang beragama + baik tingkah laku + kaya + hensem + muda + single +dan macam2 jenis lagi benda super

Takkan lah perempuan meminang lelaki semata-mata sebab minat kat pesen lelaki rempit pulak kan.. Tak berbaloi beb.. Serius tak berbaloi tebalkan muka pergi pinang orang laki.. Kalau pesen laki macam tu tak payah pinang takpe kan? heh..


2) Kenapa perempuan nak meminang lelaki?


Macam gua cakap kat atas tadi, alang-alang kau meminang lelaki, mesti lah nak
lelaki yang super terus. Setakat mat rempit tak payah pergi meminang diaorang pun takpe.. haha~

Dan
Lelaki Super ni susah nak cari. Susah betul nak jumpa ye dak?

Bila dah jumpa Lelaki Super ni korang kena lah cepat-cepat dapatkan beliau. Kang nanti dikebas orang pula. Benda
rare mesti ramai yang nak betul tak? hehe~




3) Bila dah jumpa Lelaki Super tu, apa yang perlu dibuat seterusnya?


haaaaa..


Bila dah jumpa lelaki yang serba serbi elok, takkan nak pergi pinang terus ye dak?



Mula-mula hang sebagai perempuan harus lah ada cermin. Tujuan aku cakap gini awal-awal sebab nak suruh korang pergi cermin diri sendiri dulu. Macam si jantan nak meminang si makwe lah. Kena cermin diri sendiri dulu jugak..


Tengok diri kita sendiri dulu, kain yang dipakai cukup ke tidak. Bila time solat adakah selalu tipu member cakap hang ni sedang period walhal hang memang takdak darah pun.


Senang cerita, tengok diri sendiri dulu.. Takkan lah kau ni kerja penari tiang lepas tu nak pergi meminang Ustaz Don pulak kan? Beliau pun nak jodoh yang elok juga..




4 ) tapiiiii nanti apa pulak orang kata? perigi cari timba?




Cuba bayangkan.. Hang ni pergi pinang Lelaki Super, lepas tu Lelaki Super pulak terima pinangan korang tu. Sebab apa dia terima? Mesti lah sebab dia rasa hang ni
Perempuan Super juga..

Ingat orang terima bulat-bulat ke? Mesti lah dia check dulu..


Kalau orang kata hang ni perigi cari timba, lantak lah beb.. Dah kau dapat kawin dengan
Lelaki Super kot..

Susah tu nak cari..





5) Itupun kalau Lelaki tu terima, kalau dia rejek pinangan camne? Malu wehh, mana nak letak muka ni. Dah la perigi cari timba.. Timba pulak tak suka kat perigi.. wuwuwwuwu



mari dengar satu cerita..


Dulu-dulu, Umar pernah tawarkan anak perempuan beliau kepada Usman.. Tapi si Usman pula menolak pinangan dari pihak Umar..


Umar tak patah semangat. Beliau nak juga anak perempuan beliau kahwin dengan orang baik-baik. Maka Umar tawarkan anak perempuannya kepada Abu Bakar.


Pun Abu Bakar menolak juga..



Tiba-tiba ada lelaki yang lagi baik dari Usman, lagi hensem dari Abu Bakar tahu pasal perkara ni.. Lelaki Super tu pun meminang anak gadis Umar untuk dirinya sendiri..


Dan
Lelaki Super tu adalah Rasulullah kita.. =)

***



Kalau si lelaki tu menolak pinangan korang, jangan risau beb. Mungkin Tuhan nak bagi lelaki yang lebih baik kepada korang..
chillah~~ :)


*dicilok dari belog terbang tinggi tinggi---> aku suka belog ni.. sempai habis XD

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...