widget

Sunday, March 4, 2012

gelagat mak bapak time hantar anak ke taska

Geleng kepala si penjaga anak di taska bila anak yang dihantar dalam keadaan :

1. Lampin pakai buangnya dah hampir tiris air kencing. Dah tebal sangat gelembung airnya. Apalah salahnya ditukar dulu lampinnya sebelum hantar ke taska. Silap-silap tiris air kencing si kecil di baju kerja, barulah rasa nak angin satu badan. Salah siapa, tanggunglah rasa. Tapi kalau tiris di baju pengasuh yang menyambut tu bukankah aniaya orang namanya. Agak-agaklahkan.


2. Malas tahap gaban atau bebalnya si ibu atau si ayah bila pakaikan dua lapis lampin pakai buang. Kononnya nak tampung air kencing yang banyak.  Teori mana yang dia guna pun entahlah. Kalau gitu pakaikan aje 3 ke 4 lapis biar tahan sehari sebab dah malas sangat nak tukarkan lampin anak.


3. Ramai yang hantar dengan anak masih belum mandi. Oklah mungkin sebab tak sempat atau anak lena sangat tidurnya. Tapi tolonglah perkara 1 di atas tu jangan buat. Kalau dah belum mandi tentulah mulut pun ada air liur basi yang meleleh. Biasalahkan budak kecil. Apalah salahnya ambil sapu tangan lembab tu dan lapkan mulutnya biar bersih sikit dan cuit-cuit sikit jika ada taik mata melampau.


4. Anak dah buang air besar masa kat rumah lagi. Basuhlah dulu sebelum hantar. Sempat-sempatkan ajelah basuh tu. Bukannya berlaku setiap hari pun. Lainlah kalau buangnya semasa dalam perjalanan ke taska. Terpaksalah dengan senyuman dan rendah suaranya meminta tolong pengasuh basuhkan. Jangan lupa 
"minta maaf ye kak!", berbahasa sikit bukannya mengarah. Barulah sejuk sikit hati pengasuh yang sedang menerima anak kita dalam keadaan yang sangatlah 'masam' tu.

5. Hantarnya paling awal pagi dan ambil semula anak paling lewat malam daripada orang lain. Tapi bila pengasuh caj OT, macam nak melompat bila mendengarnya. Perkataan mahal dan tak bertimbang rasa pasti muncul. Pengasuh pun bekerja nak cari duit juga. Sebelum hantar dah tentu pengasuh beritahu siap-siap caj OTnya begini, waktu hantar dan waktu ambil. Kadang-kadang taska dah nak tutup pukul 9 malam pun, mak ayah tak juga muncul hingga pukul 10 ke 11 malam. Kesian pengasuh dan kesian si anak.


6. Sudah diberitahu kepala anaknya berkutu dan mohon cuci kepala anak tu tapi tak ada tindakan lansung. Padahnya merebak ke kepala anak-anak orang lain di bawah jagaan pengasuh. Mulalah ibu bapa lain pun jadi marah juga.


7. Anak terkena penyakit berjangkit yang serius seperti 'chicken pox', sakit mata dan sebagainya tetapi masih juga nak hantar anak ke taska. Ambillah cuti demi anak dan tidak menyusahkan orang lain pula. Janganlah jadi hamba kerja sangat.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

tips untuk bangun solat subuh awal

 
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

 
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

cenderahati paling bernilai

Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.


1)Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

2)Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.

3)Diam.
Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan persaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya `ruang'. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatuir dan mengkritik bahkan membebelnya.

4)Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5)Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6)Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7)Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8 ) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??

Hadiahkan lah cenderhati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ingin berikan…

Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...