Seorang pelajar sarjana bidang kriminalogi, Stephen Griffiths, lewat 30-an, mengaku bersalah atas kesalahan membunuh tiga orang pelacur dengan kejam.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Crown Leeds yang khusus membicarakan kes-kes jenayah di England dan Wales, Griffiths yang terkenal dengan gelaran ‘kanibal busur panah’ mengaku membunuh pelacur tersebut Suzanne Blamires, 36, Shelley Armitage, 31, dan Susan Rushworth, 43,.
|
Hakim Justice Openshaw menyatakan kesihatan mental tertuduh telah diperiksa dengan teliti dan tidak persoalan lagi mengenai tahap kesiumannya.
Openshaw menyifatkan, perbuatan yang dilakukan pesalah sangat keji seperti raksasa dan kesalahan itu akan mengakibatkan pembunuh tersebut tidak akan dibebaskan.
Dia dihukum penjara seumur hidup.
Griffiths juga mengaku atas tiga pertuduhan yang dihadapinya iaitu memanah kepala Suzanne semasa dia cuba melarikan diri daripadanya.
Pihak polis mempercayai pembunuh kejam ini juga terlibat dengan tiga kes pembunuhan lain yang tidak dapat diselesaikan.
Dia memasak daging dua mangsa yang dibunuhnya dalam periuk manakala mangsa ketiga pula menjadi hidangan makanannya mentah-mentah. Pembunuhan itu berlaku di antara Jun 2009 dan Mei 2010. – Agensi