NEW DELHI – Menyimpan janggut dan misai yang menjadi kebanggaan lelaki di India sejak beberapa generasi kini semakin terancam.
Sebuah buku, Hair India, A Guide to the Bizarre Beards and Magnificent Moustaches of Hindustan menyatakan bahawa arus kemodenan kini membuatkan kaum lelaki di negara itu lebih cenderung untuk bercukur licin.
Pengarang buku tersebut, Richard McCallum menghabiskan masa selama beberapa bulan untuk mendokumentasikan pelbagai seni menyimpan misai dan janggut di India sebelum ia hilang ditelan zaman.
McCallum bersama seorang jurugambar, Chris Stowers meneroka perkampungan terpencil, pasar-pasar dan kawasan tumpuan orang ramai bagi mengumpulkan contoh misai sebelum ia dibukukan.
“Pada permulaannya saya melakukan perkara itu hanya untuk suka-suka tetapi akhirnya saya menjadi tertarik,” kata McCallum.
McCallum, 30, yang berasal dari Britain sebelum ini bekerja sebagai operator pelancongan dan tinggal di New Delhi selama empat tahun.
“Janggut dan misai memperlihatkan kisah India moden dan bagaimana penduduknya mula terpengaruh dengan budaya Barat.
“Bagaimanapun, janggut dan misai juga menunjukkan satu tradisi yang unik dan kebanggaan yang masih wujud di India,” katanya.
Buku tersebut mengandungi beratus-ratus gambar berwarna termasuk imej lelaki yang memiliki janggut dan misai terpanjang di dunia. – AFP
No comments:
Post a Comment