Monday, January 21, 2013
obses kurus
Si gadis, Valeria Levitin ini ingin
menjadi seorang model sejak dari usia yang muda. Tetapi dengan tubuh
badannya yang agak besar, dia mungkin tak mempunyai peluang yang cerah.
Jadi dia bernekad untuk kuruskan badannya sehingga satu tubuh yang
mungkin bakal menakutkan anda juga. Jadi jangan tiru ye gadis-gadis di
luar sama. Kini pada usia mencecah 39 tahun, beratnya cuma 25kg.
p/s: Admin rasa kalau anda hidup dengan gaya hidup yang sihat, semuanya tak ada masalah.
Gambar 1 - 4 adalah ketika dia masih dalam keadaan sihat. Seterusnya gambar terkininya yang kurus.
kalo suka sila share :)
p/s: Admin rasa kalau anda hidup dengan gaya hidup yang sihat, semuanya tak ada masalah.
Gambar 1 - 4 adalah ketika dia masih dalam keadaan sihat. Seterusnya gambar terkininya yang kurus.
Sunday, January 13, 2013
Petua Untuk Mendapatkan Anak Kembar
1. Genetik - Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang
mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak
kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri
anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak
dalam satu masa.
2. Umur - Wanita yang berumur 35 hingga 40an
dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak
kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk
kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan
lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut
telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak - Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah
melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar
selepas itu.
4. Berat Badan dan Ketinggian - Perempuan yang
tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang
lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet - Pengambilan
makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu
meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
6.
Pengambilan Ubat Kesuburan - Pengambilan ubat kesuburan boleh
meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam
satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak
kembar.
7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar,
sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi
kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia
tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk
dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar
tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak
kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8.
Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Tiga jenis makanan ini dapat
meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar.
Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi,
kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda
amalkan memakan ubi, kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk
mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan
anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki
untuk mendapatkan anak
CARA BAYI BERKOMUNIKASI
orang dewasa hendaklah peka dengan reaksi atau tindakbalas bayi yang memungkinkan memberi makna tertentu. contohnya :
• memalingkan kepala dengan membuka mulut yang luas berkemungkinan - lapar
• menguap - penat
• memandang dengan mata terbuka luas - gembira
• membunyikan suara mesra - gembira
• kelihatan muram dengan mata tidak memberi tumpuan - perlu berehat
• mengerak tangan seperti melambai - rasa keinginan
• mengerakkan lidah keluar dan ke dalam - sedih atau cuba meniru
• menghisap ibu jari - cuba menenangkan diri.
Thursday, January 10, 2013
JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI
Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.
Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg
Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Dan elakkan dari membeli dan makan makanan dari luar, yang status makanan yang dihidangkan tidak diketahui asal usul nya.
Thursday, January 3, 2013
cara bergaya dengan iphone ;p
1. Sediakan bahan-bahan seperti kertas, gunting, marker pen dan pensil.
2. Lukis bentuk iPhone di atas kertas menggunakan pensil.
3. Gunting lukisan tersebut dengan penuh teliti.
4. Kemudian warnakan potongan iPhone tadi menggunakan marker pen hitam.
5. Tadaaaa… sudah siap!!
6. Apa tunggu lagi, pergi depan cermin, gayakan karya anda di depan cermin dan jangan lupa post di facebook :3
model pakaian wanita yang sebenarnya seorang LELAKI! ;p
Stas Fedyanin ialah seorang lagi model
lelaki yang cuba mengukir nama di dalam bidang peragaan wanita. Beliau
ialah the Russian version of Andrej Pejic yang pernah mepaparkan memperagakan bra walaupun beliau seorang lelaki! This boy baru berumur 16tahun. LOL
kalo suka sila share :)
Wednesday, January 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)