1. Lakukan perubahan kecil setiap hari. Anda akan beransur-ansur (tetapi pasti) kehilangan berat badan beberapa kilogram.
2. Lupakan semua hasrat untuk menurunkan berat badan dengan cara
yang pantas dan fokuslah kepada perkiraan yang lebih rasional.
3. Jangan duduk di dapur untuk melakukan aktiviti seperti mengira
bil, membuat bajet atau perkara yang melibatkan perancangan dan membuat
anda berfikir. Ini kerana, jika anda stress, anda mudah mencapai apa
sahaja makanan di hadapan anda atau membuka peti sejuk untuk mencari
sesuatu yang menyegarkan.
4. Kalau anda rungsing, jangan
duduk di meja makan. Anda perlu keluar berjalan-jalan dan menghirup
udara nyaman. Jika tidak, anda mungkin akan menghabiskan kekacang atau
makanan ringan yang ada di atas meja. Berjalan di luar bukan sahaja
akan melupakan seketika soal makan tetapi anda telah mendapat kelebihan
tambahan dengan aktiviti senaman.
5. Elakkan perkara-perkara yang membuat anda makan tanpa sedar. Jangan mengadap makanan ringan sambil menonton TV.
3. Jangan duduk di dapur untuk melakukan aktiviti seperti mengira bil, membuat bajet atau perkara yang melibatkan perancangan dan membuat anda berfikir. Ini kerana, jika anda stress, anda mudah mencapai apa sahaja makanan di hadapan anda atau membuka peti sejuk untuk mencari sesuatu yang menyegarkan.
4. Kalau anda rungsing, jangan duduk di meja makan. Anda perlu keluar berjalan-jalan dan menghirup udara nyaman. Jika tidak, anda mungkin akan menghabiskan kekacang atau makanan ringan yang ada di atas meja. Berjalan di luar bukan sahaja akan melupakan seketika soal makan tetapi anda telah mendapat kelebihan tambahan dengan aktiviti senaman.
5. Elakkan perkara-perkara yang membuat anda makan tanpa sedar. Jangan mengadap makanan ringan sambil menonton TV.