widget

Tuesday, April 17, 2012

kesan penipuan menggunakan Al-Quran... subhanallah~~ :)

Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

 
Salah satu kaedah mengesan penipuan pada masa sekarang ialah menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.
 
Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.

Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.
 
 Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Ubun-ubun yang menipu menurut Al-Quran 
 
Sekarang adalah masanya untuk berkongsi keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.


Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.


pst- tiba-tiba teringat cerita lie to me

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...