Cara pembuatan arak itu juga unik, minuman beralkohol itu harus ditumpahkan dulu ke dada seorang model sebelum dimasukkan ke dalam botol dan dibungkus.
Syarikat G-Spirits yang asal Jerman adalah sebuah kilang yang menghasilkan vodka, rum dan whisky dalam edisi khas.
Arak edisi khas itu adalah minuman yang sudah ditumpahkan ke dada seorang model Playboy yang berasal dari Hungary, Alexa Varga seperti yang dilaporkan oleh Orange.
G-Spirits menghasilkan minuman berperisa payudara itu sebanyak 2,500 liter dan dibungkus semula dalam botol-botol berukuran sederhana sebelum dijual pada harga USD 150 (lebih RM450) sebotol.
Penjualan minuman itu juga mendapat komen daripada beberapa pihak yang bimbang dengan kebersihan minuman itu. Namun G-Spirits menegaskan produk-produknya sudah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan.
"Kami sangat mengutamakan kebersihan dalam proses pembuatannya, pasukan-pasukan perubatan juga datang untuk memeriksanya," kata wakil G-Spirits.