Friday, October 14, 2011
cara jaga jeans
1. cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam suam. Jangan gunakan air yang terlalu sejuk atau terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar dibersihkan.
2. Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.
3. Jika seluar jeans terkena air pantai atau laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air panas sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran yang melekat akan tertanggal.
4. Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di tempat yang teduh dan jangan sesekali dedahkan jeans terus di bawah matahari terik.
5. Perlu diingatkan, jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.
6. Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk memcuci seluar jeans, gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.
7. Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh menggunakan air pada suhu biasa.
fesyen jepun- bergigi taring
"Yaeba" yang bermaksud 2 gigi yang diubah suai menjadi seperti taring menjadi kegilaan terbaru di kalangan gadis2 Jepun. Fesyen gigi taring dikatakan dapat menjadikan mereka lebih menarik dan mudah didekati oleh orang lain. Kegilaan remaja2 Jepun untuk menjadikan gigi seperti taring ditambah oleh faktor terdapatnya artis2 yang juga menukarkan gigi kepada bentuk tersebut.
manis kan? tapi kenapa la ramai manusia habiskan ribu2 untuk betolkan gigi... bukan jongang pon... haishhhhh... bak sini la duit tu kalo dah tau nak buat apa..
tips lelaki- cara pekatkan air mani
1)Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.
2)Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
3)Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
4)Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5)Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek aka boxer dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.
6)Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.
7)Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.
8)Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.
9)Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.
10)Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.
kelebihan epal hijau
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemu dian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
burung gagak- haiwan Yang Bijak Menurut Al-Quran dan Sains
Burung umumnya tidak dianggap binatang cerdas, sehingga seseorang merendahkan orang lain menyebutnya dengan "Otak Burung".
Tetapi suatu hari, saya (Sahar El-Nadi) membaca sebuah ayat dari Quran yang melibatkan burung , yang membuat saya berhenti dan berfikir tentang makna dari sebuah ayat.
Berikut adalah petikan ayat tersebut:
"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia orang-orang yang merugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)
Ini memberi saya petunjuk agar melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. Jadi saya menganggap perkara ini berkaitan dengan burung gagak kerana ayat ini jelas menunjuk burung ini sebagai mentor bagi manusia, dan jelas menunjukkan bahawa manusia seperti "direndahkan" oleh penyelesaian yang ditunjukkan oleh gagak untuk beberapa masalah kritikal mereka.
Akibatnya, saya bertanya-tanya: Binatang apakah yang paling cerdas setelah manusia? Seperti banyak orang, saya teringat pada ikan lumba-lumba untuk kehormatan itu, tapi setelah pencarian online yang sangat menyenangkan, saya dapati satu kejutan besar.
Pengkajian terbaru menunjukkan calon tidak terduga dari kategori binatang tercerdas adalah Gagak. Yang ternyata binatang inilah yang merupakan binatang super cerdas!
Majalah American Scientific menerbitkan hasil penyelidikan para ilmuwan, Bernd Heinrich dan Thomas Bugnyar - Vermont University, Kanada dan St Andrews University, Scotland - yang menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari gagak.
"Burung ini menggunakan logik untuk memecahkan masalah dan beberapa kemampuannya malah melampaui dari kera besar," kata mereka.
Dalam pergujian ini, gagak diberi tugas yang sangat kompleks yang gagak belum pernah lakukan sebelumnya dan naluri gagak tidak diprogram untuk melakukannya secara semulajadi, namun gagak selalu berjaya mencari kreativiti dan penyelesaian logik untuk menyelesaikan tugas-tugas tersebut.
Yang lebih mengejutkan lagi, gagak melakukannya dengan benar sekali sahaja, setiap kali, tanpa proses try and error pun!
Beberapa pergujian menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh menjadikan binatang lain bekerja untuk gagak, menjadikan binatang lain mencarikan makanan untuk gagak atau minimanya mempermudah gagak.
Bukti lain kecerdasan yang tinggi dari gagak adalah bahawa gagak boleh beradaptasi dengan kawasan yang sangat berbeza, dari padang pasir ke pergunungan. Gagak belajar untuk mencari makanan malah dalam keadaan paling sukar, dan gagak tahu bagaimana dan bila harus menggunakan binatang lain untuk membantu gagak mendapatkan makanan yang gagak tidak boleh mendapatkannya sendiri.
Ketika para penyelidik melihat gagak lulus dari ujian yang sukar, para penyelidik bertanya-tanya apa tujuan semua kecerdasan ini berfungsi, kerana burung lain menjalani hidup dengan baik walaupun dengan kepintaran jauh lebih sedikit?
Subscribe to:
Posts (Atom)