sekadar gambar hiasan- peminat aku |
PHOENIX, Arizona - Seorang lelaki tidak berumah, Robert Mayley ditikam oleh satu pasangan dengan tujuan untuk menghirup darahnya di sini.
Menurut laporan berita di Amerika Syarikat, lelaki tidak berumah itu, Robert Mayley ditikam selepas dia enggan membenarkan Aaron Homer dan Amanda Williamson menghisap darahnya.
Polis bergegas ke apartmen pasangan itu selepas anggota-anggota bomba membuat panggilan kecemasan setelah mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena berlaku di dalam apartmen berkenaan.
Pasangan tersebut mengenali lelaki tidak berumah itu kerana dia dibenarkan tinggal di apartmen mereka.
Menurut lelaki tidak berumah itu, sebelum ini dia pernah membenarkan Homer dan Amanda menghisap darahnya tetapi pada hari kejadian dia ditikam kerana enggan membenarkan mereka meminum darahnya lagi.
Homer, 24, mengaku menikam Maley semasa dia disoal siasat polis selepas melihat tompokan darah di dalam apartmen mereka.
Dia dan Amanda ditangkap polis dan dikenakan pendakwaan melakukan serangan.
Menurut seorang pegawai polis, Sarjan Joe Favazzo, pasangan itu merupakan pengikut satu kumpulan pengamal perbuatan puntianak. - Agensi
No comments:
Post a Comment