widget

Friday, October 14, 2011

Lulusan Ph.D jadi petinju






LONDON - Walaupun memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dari Universiti Cambridge selain sarjana muda matematik kelas pertama, seorang ibu, Rosi Sexton (gambar) kini menjadi juara peninju kurungan di Britain.

Sejak menceburi sukan ganas itu secara profesional pada 2002, Sexton, 30-an, hanya tewas sekali sahaja dalam pertandingan tersebut.

Beberapa tahun lepas, dia menumbangkan pencabar terbarunya dari Amerika Syarikat (AS) pada pusingan pertama dalam satu pertandingan. 

"Tiada apa yang luar biasa. Saya menjadi peninju kerana meminati sukan ini," kata Sexton yang memiliki seorang anak lelaki berusia 6 tahun.

"Ia adalah antara sukan yang paling mementingkan elemen teknik," tambahnya.

Selain juara wanita Britain, Sexton turut berada pada ranking pertama dunia kelas bantam bagi kategori wanita.

Gelanggang tinju itu dipagari manakala peserta dibenarkan menendang dan mengunci lawannya.

Ia dikritik di beberapa negara termasuk AS, kerana dilabel ganas malah bekas calon Presiden AS, John McCain menggelarkan sukan itu sebagai tempat sabung manusia. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...