comel!!!!!!!!
Monday, June 4, 2012
pesta buaya
Pesta buaya adalah satu perayaan yang unik di Karachi, Pakistan. Ia adalah perayaan yang diadakan oleh kumpulan etnik yang dipanggil Sheedis. Adalah dipercayai bahawa Sheedis datang sebagai hamba dari Afrika. Festival itu diadakan di kuil di Manghopir sejak abad ke-13.
Semasa perayaan ini Sheedis akan membuat ikrar di kuil. Ikrar ini kemudian diberikan kepada buaya melalui makanan iaitu daging kambing segar. Apabila buaya menerima daging tersebut ia akan dilihat sebagai tanda nasib yang baik.
Mereka percaya bahawa buaya tidak akan menyerang kerana mereka adalah pengikut wali yang dikenali sebagai Khwaja Hasan. Sheedis juga akan menari dan menyanyi di pesta ini. Seorang bapa juga akan meletakkan bayi di atas rahang buaya untuk mendapat restu dan rahmat bagi bayi itu.
harga-harga pembedahan plastik
senarai harga pembedahan plastik.. ni harga beberapa tahun lepas... la ni taktau la berapa banyak harga naik.. sila tengok
Tummy tuck : RM12,000 to RM15,000
Abdomen / thigh liposuction : RM6,000 to RM8,000
Breast implants : RM10000 to RM15000
Breast reduction in men : RM11,200
Lip augmentation : RM2,000 to RM2,500
Forehead lift : RM2,500
Double eyelid surgery : RM4,000 to RM5,000
Tattoo removal : RM3,000
Facelift : RM15,000
Butt implants : RM10,000 to RM15,000
Thighlift : RM14,500
Nose/chin reshaping : RM5,000
Laser treatment : RM2,000 to RM5,000
Dermabrasion : RM250 per treatment or RM2,000 per package
Botox : RM500 to RM750
Prices vary according to hospital stay and anaesthetic.
(Source : News Strait Times (NST))
kalo suka sila share :)
(Source : News Strait Times (NST))
ciri-ciri orang tak pandai masak
1) Peti sejuk korang sarat dengan makan sejuk beku yakni pek yang siap sedia dimasak, tinggal panaskan aje dalam oven.---- dulu-dulu aku memang kaki burger, nugget, fries, balls dan segala macam benda bergoreng dan senang... tapi sekarang tidak lagi.. muhehehehe
2) Perkara paling utama dibuat untuk memasak ialah cari orang gaji.
3) Korang masak air dan tak tahu camne nak tahu air itu dah masak ke belum sebab rasanya masih sama aje.
4) Korang masih rujuk buku resipi walaupun menu yang sama pernah dimasak dah berulang-ulang kali dan korang disahkan tidak menghidap penyakit nyanyuk ke atau yang sewaktu dengannya. ------ aku tak percaya buku resepi sebab setiap kali rujuk buku kompom tak jadi ("-_-)
5) Mak korang benar-benar memaksudkan yang korang tak pandai masak masa rombongan datang hendak meminang korang.----- tapi kalo sedap tak kena puji pon. LOL~~~
6) Nak potong bawang pun korang terpaksa terpikir-pikir, nak potong bulat ke, tegak ke, melintang ke, kulit nak kena kupas ke..----- tang ni aku pernah kena tioa dengan mak aku sebab aku pernah salah potong.. adeh..~~~
agama dan sains- Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib
Adalah
banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia
terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini
akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali
manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @
suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan
mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa
mandi junub.
Bakteria
ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika
daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan
akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan
kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara
pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria
tadi.
Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi
dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha
Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan
bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas
dan bersetubuh.
Ia
adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi
terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan
,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka
terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus
dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
Tayammum Pengganti Mandi Wajib
Kenapakah
tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian
diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang?
Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di
dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan
akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya
apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan
kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air
badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan
osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan
kerana kekontangan fisiologi badan.
Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Al-Bukhari
dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai
cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud: “Apabila Nabi
SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Menurut
riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan
kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”
Munurut
hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah
r.ha.“Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan
membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan
kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya.
Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda
memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya
pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas
kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian
Baginda mencuci kedua-dua kakinya.” (Riwayat Muslim)
Wallahu’alam…
mesin rumput yang superb cool
Kini kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk memotong rumput secara manual. Sebuah pemotong rumput automatik yang dinamakan Muwi telah direka bentuk oleh Yuli Sung. Mesin ini sangat menarik dan unik kerana dapat memampatkan rumput-rumput yang telah dipotong dan menghasilkan bentuk sfera dan silinder. Rumput yang sepatutnya dibuang boleh dijadikan alat permainan dan riadah dengan jayanya. Jom lihat gambar di bawah ini.
Sangat
menarik mesin rumput automatik ini. Namun begitu mesin ini hanya sesuai
digunakan bagi kawasan lapang yang mempunyai tapak yang rata sahaja.
Antaranya boleh digunakan di padang seperti sekolah universiti, ataupun
stadium bola sepak. cool kan? XD
masjid di serata negara
LARABANGA MOSQUE
Salah satu Masjid tertua di Afrika Barat dan paling tua di Ghana.Dipercayai telah dibina oleh pedagang2 Moorish. Utk makluman setiap tahun ianya perlu sentiasa dibina utk menjaga kerosakan dinding tanah liat terutama ketika musim hujan. Binaan mudah dengan tampalan tanah liat kemudian ditusuk kayu dari luar binaan. Cat putih digunakan setiap tahun dengan bantuan penduduk sekitar kadang2 dengan bantuan kerajaan ianya sungguh terserlah dengan dikelilingi rumah2 penduduk yg tanahnya bewarna merah.
ISTANA ISHAK PASHA,Turki
Dibina di Timur Beyazit pada 1789 oleh Ishak Pasha iaitu anak seorang wazir hasan Pasha. mempunyai 360 bilik dimana mengambil masa 99 tahun utk menyiapkannya.
Mengambil bentuk "U" dilengkapi ruang makan terbuka luas utk tetamu miskin tempat mandi awam, dewan rekreasi lelaki, makam, dewan hiburan dan keraian. Pengaruh senibina Ottoman, Seljuki dan peradapan Parsi.
Masjid terletak di dataran kedua istana.
MASJID TERAPUNG PENANG
Bernilai RM15juta. fund dari state dan faderal. merupakan masjid pertama bertiang tapak dan pertama di sisiran selat Melaka , kg Nelayan tanjung Bungah. berminaret setinggi 7 tingkat dan mampu utk menampung jemaah seramai 1500 org. utk makluman semasa Tsunami melanda Alhamdulillah tiada langsung kerosakan
Pintu Masuk MASJID Masjed-é EmamArah Selatan Emam Khomeini Square.
Dikenali juga dgn nama Masjed-é ShahTerletak
di Esfahan, Iran. Sebuah masterpieces bersenibina di jaga oleh
UNESCO. Dibina pada 1611 zaman Safavid. Terserlah dengan 7 warna kemilau
seramik dengan Khat Al Quran. Minaret setinggi 42m dihiasi dengan lebah
bergantung
MASJID UMAYYAD
Beribu tahun dahulu merupakan sebuah kuil untuk tuhan Hadad bagi kaum
Aramic. Semasa zaman Rom ia menjadi kuil Jupiter dan menjadi gereja pada
abad ke 4, dibesarkan menjadi Cathedral of St. John dan pada 661M islam
telah menawan kota Damascus oleh Muawiyah b Abu Sufyan di mana muslim
telah berkongsi dgn kristian. Islam solat sebelah timur dan kristian
sebelah barat sehingga Walid b Malek berkuasa yang mana merasakan satu
keperluan bagi muslim menyatakan pendirian hak pada agama. lalu beliau
telah bernegosasi dgn ketua2 Kristian .Pihak islam akan mengambil alih
kesemua binaan tersebut utk menjadisebuah masjid dan khalfah berjanji;
Gereja-gereja lain tidak akan di sentuh samada dgn gereja2 baru yg akan
dibina.
MASJID ADHAI-DIN
(2SETENGAH HARI)
INDIA
Masjid ini dipercayai dibina dalam masa 2 ari setengah je, sebab tu namanya adhai-din. ruangan dalam lebih kepada senibina hindu lama dan dipercayai asal binaan adalah sebuah Kolej Sanskrit. Mohamad Ghori telah menjadikan nya sebuah Masjid pada 1198
dan beliau telah membina 7 Pintu gerbang melambangkan versa Al Quran yg mana reka bentuknya oleh Abu Bakr of Herat
Qol Sherif Mosque - Kul Serif Camii
Masjid terbesar di Rusia. Dibina di Kazan Kremlin di abad ke 16
mempunyai 8 minaret. Bersenibina awal Renaissance dan Ottoman pada 1552 masjid ini
dimusnahkan oleh org2 Rusia sehinggalah tahun 1996 baru dibina semula
MASJID AGUNG
Didirikan di atas sebuah bukit kecil di Sungai Penuh, Barat Daya Sumatra dengan senibina berbeza pada 1874 dan siap pada 1902. Kemahiran Masyarakat jelas kelihatan pada senibina setinggi 100 kaki seolah ade persamaan dgn Masjid Demak. Segala binaan kayu tanpa sebarang paku.
MASJID Djenné city
Terletak di tengah bandar Mali merupakan warisan dunia oleh UNESCO. seluruh binaan dari lumpur tanah liat dan batu bata. bandar ini dibina pada 800M dan menjadi pusat perdagangan
penting pada abad ke 16.
Masjid ini dibina pada 1240. Arkitek ialah Ismaila Traoré.
MASJID MUSTAFA PASHA
bandar Lama Skopje.
Kelihatan runtuhan kota lama binaan abad ke 10 dan Masjid dibina 5 abad kemudian. Masjid ini dibina atas runtuhan lama tempat ibadat Kristian pada 1492 sebgai memperingati Mustafa Pasha di zaman empayar Ottoman, seorg wazir kpada sultan Selim 1, meningal pada 1519 dan disemadi sebelah utara masjid. Binaan dinding dengan dua lapisan batu bata.
MASJID BESAR ABU DHABI
Terletak di persimpangan Jalan Airport dan Zayed. adalah merupakan Masjid terbesar di United Arab Emirates.
mempunyai 45 dome kecil dan 9 dome besar yg boleh menampung jemaah seramai 1,200 org dalam sesuatu masa.
MASJID AGUNG XI'AN
Mula dibina zaman Dinasti Tang semasa Emperor Xuanzong, 685-762 . terletak ke Timur akhir Laluan Silk Road. Digunakan sehingga sekarang oleh Masyarakat Hui. Terserlah dgn senibina tempatan tanpa dome dan menara kecuali Hiasan Khat Al Quran.
tiba-tiba rasa nak bina masjid.. heee XD
Subscribe to:
Posts (Atom)