widget

Monday, June 4, 2012

masjid di serata negara

LARABANGA MOSQUE
 
Salah satu Masjid tertua di Afrika Barat dan paling tua di Ghana.Dipercayai telah dibina oleh pedagang2 Moorish. Utk makluman setiap tahun ianya perlu sentiasa dibina utk menjaga kerosakan dinding tanah liat terutama ketika musim hujan. Binaan mudah dengan tampalan tanah liat kemudian ditusuk kayu dari luar binaan. Cat putih digunakan setiap tahun dengan bantuan penduduk sekitar kadang2 dengan bantuan kerajaan ianya sungguh terserlah dengan dikelilingi rumah2 penduduk yg tanahnya bewarna merah.


ISTANA ISHAK PASHA,Turki
 
Dibina di Timur Beyazit pada 1789 oleh Ishak Pasha iaitu anak seorang wazir hasan Pasha. mempunyai 360 bilik dimana mengambil masa 99 tahun utk menyiapkannya.

Mengambil bentuk "U" dilengkapi ruang makan terbuka luas utk tetamu miskin tempat mandi awam, dewan rekreasi lelaki, makam, dewan hiburan dan keraian. Pengaruh senibina Ottoman, Seljuki dan peradapan Parsi.

Masjid terletak di dataran kedua istana.


 MASJID TERAPUNG PENANG

Bernilai RM15juta. fund dari state dan faderal. merupakan masjid pertama bertiang tapak dan pertama di sisiran selat Melaka , kg Nelayan tanjung Bungah. berminaret setinggi 7 tingkat dan mampu utk menampung jemaah seramai 1500 org. utk makluman  semasa Tsunami melanda Alhamdulillah tiada langsung kerosakan

Pintu Masuk MASJID Masjed-é EmamArah Selatan Emam Khomeini Square.
 
Dikenali juga dgn nama Masjed-é ShahTerletak di Esfahan, Iran. Sebuah masterpieces bersenibina di jaga oleh UNESCO. Dibina pada 1611 zaman Safavid. Terserlah dengan 7 warna kemilau seramik dengan Khat Al Quran. Minaret setinggi 42m dihiasi dengan lebah bergantung



MASJID UMAYYAD
 
Beribu tahun dahulu merupakan sebuah kuil untuk tuhan Hadad bagi kaum Aramic. Semasa zaman Rom ia menjadi kuil Jupiter dan menjadi gereja pada abad ke 4, dibesarkan menjadi Cathedral of St. John dan pada 661M islam telah menawan kota Damascus oleh Muawiyah b Abu Sufyan di mana muslim telah berkongsi dgn kristian. Islam solat sebelah timur dan kristian sebelah barat sehingga Walid b Malek berkuasa yang mana merasakan satu keperluan bagi muslim menyatakan pendirian hak pada agama. lalu beliau telah bernegosasi dgn ketua2 Kristian .Pihak islam akan mengambil alih kesemua binaan tersebut utk menjadisebuah masjid dan khalfah berjanji; Gereja-gereja lain tidak akan di sentuh samada dgn gereja2 baru yg akan dibina.


MASJID ADHAI-DIN 

(2SETENGAH HARI)
INDIA
 
Masjid ini dipercayai dibina dalam masa 2 ari setengah je, sebab tu namanya adhai-din. ruangan dalam lebih kepada senibina hindu lama dan dipercayai asal binaan adalah sebuah Kolej Sanskrit. Mohamad Ghori telah menjadikan nya sebuah Masjid pada 1198
dan beliau telah membina 7 Pintu gerbang melambangkan versa Al Quran yg mana reka bentuknya oleh Abu Bakr of Herat



Qol Sherif Mosque - Kul Serif Camii

Masjid terbesar di Rusia. Dibina di Kazan Kremlin di abad ke 16
mempunyai 8 minaret. Bersenibina awal Renaissance dan Ottoman pada 1552 masjid ini dimusnahkan oleh org2 Rusia sehinggalah tahun 1996 baru dibina semula


MASJID AGUNG
 
Didirikan di atas sebuah bukit kecil di Sungai Penuh, Barat Daya Sumatra dengan senibina berbeza pada 1874 dan siap pada 1902. Kemahiran Masyarakat jelas kelihatan pada senibina setinggi 100 kaki seolah ade persamaan dgn Masjid Demak. Segala binaan kayu tanpa sebarang paku.




MASJID Djenné city

Terletak di tengah bandar Mali merupakan warisan dunia oleh UNESCO. seluruh binaan dari lumpur tanah liat dan batu bata. bandar ini dibina pada 800M dan menjadi pusat perdagangan
penting pada abad ke 16.

Masjid ini dibina pada 1240. Arkitek ialah Ismaila Traoré.
 
MASJID MUSTAFA PASHA
 
bandar Lama Skopje.
 
Kelihatan runtuhan kota lama binaan abad ke 10 dan Masjid dibina 5 abad kemudian. Masjid ini dibina atas runtuhan lama tempat ibadat Kristian pada 1492 sebgai memperingati Mustafa Pasha di zaman empayar Ottoman, seorg wazir kpada sultan Selim 1, meningal pada 1519 dan disemadi sebelah utara masjid. Binaan dinding dengan dua lapisan batu bata.

MASJID BESAR ABU DHABI
 
Terletak di persimpangan Jalan Airport dan Zayed. adalah merupakan Masjid terbesar di United Arab Emirates.

mempunyai 45 dome kecil dan 9 dome besar yg boleh menampung jemaah seramai 1,200 org dalam sesuatu masa.


MASJID AGUNG XI'AN
 
Mula dibina zaman Dinasti Tang semasa Emperor Xuanzong, 685-762 . terletak ke Timur akhir Laluan Silk Road. Digunakan sehingga sekarang oleh Masyarakat Hui. Terserlah dgn senibina tempatan tanpa dome dan menara kecuali Hiasan Khat Al Quran.
 
 
tiba-tiba rasa nak bina masjid.. heee XD

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...