widget

Wednesday, October 19, 2011

Berebut ikan gergasi dengan buaya



SMITH berdiri di sebelah ikan kerakap yang

ditangkap selepas menewaskan seekor buaya.


SEORANG guru seni dari Ireland Utara, Tim Smith terpaksa bertarung dengan seekor buaya besar sebelum berjaya menangkap seekor ikan raksasa.

Dia bersaing dengan reptilia itu dan secara kebetulan berebut menangkap ikan yang sama semasa memancing di atas sebuah bot kecil di sungai Victoria Nile, Uganda.

Smith, 39, yang bertugas di Portora Royal School di Enniskillen dekat sini mendakwa, dia 'bertarung' selama 45 minit sebelum memperoleh ikan kerakap seberat 113 kilogram.

Buaya tersebut sudah pun membuka rahang mulutnya untuk membaham Smith sebelum dia menghidupkan enjin bot dan segera menuju ke arah kawasan air terjun Murchison.

"Saya melihat buaya itu meluru ke depan bot saya dan cuba menarik ekor ikan kerakap tetapi ia gagal berbuat demikian kerana saiz ikan ini amat besar sebelum buaya itu merempuh kuat bot saya pula," katanya.

Ikan air tawar sepanjang 1.82 meter yang dipancing Smith itu turut mengatasi rekod ikan kerakap terbesar sebelum ini dan pernah ditangkap di kawasan sama yang beratnya 104 kilogram. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Rangka remaja 2,600 tahun dipamerkan



ATAS: Beberapa pelawat di Muzium Carthage, utara Tunis melihat rangka remaja 20-an yang hidup pada abad keenam Sebelum Tahun Masihi.


TUNIS, Tunisia - Muzium Carthage di utara bandar Tunis mempamerkan rangka remaja berusia 2,600 tahun.

Rangka remaja yang berumur 20-an itu menjalani proses penyusunan semula tulang-tulang di makmal Elisabeth Daynes, Perancis.

Makmal itu pakar dalam kerja-kerja menyusun semula tulang-tulang manusia.

Pembentukan semula rangka itu turut melibatkan tulang-tulang plastik.

Remaja itu dipercayai hidup dalam abad keenam Sebelum Tahun Masihi di Byrsa, Tunisia.

Rangka remaja itu ditemui pada 1994 di Bukit Byrsa di Carthage di luar bandar Tunis oleh pasukan arkeologi Tunisia dan Perancis. - AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Uji kenderaan baru guna alat kawalan jauh



SEORANG wanita menguji sebuah kenderaan Mitsubishi Outlander Sport dengan menggunakan alat kawalan jauh di sebuah kawasan di California.


LOS ANGELES - Pengeluar kenderaan Mitsubishi menjadi syarikat yang pertama di dunia membenarkan pelanggan menguji kenderaan utiliti sport (SUV) dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Syarikat dari Jepun tersebut menggunakan teknologi yang membolehkan pelanggan-pelanggannya menguji kenderaan Outlander Sport tetapi dengan kelajuan cuma 48 kilometer sejam.

Ujian seperti permainan video itu merupakan yang pertama di dunia.

Kenderaan yang diuji itu dilengkapi dengan perkakasan alat kawalan jauh termasuk kamera dan Sistem Panduan Arah (GPS).

Pelanggan-pelanggan dikatakan boleh menguji kenderaan itu yang berharga AS$22,387 (RM69,052) dengan menggunakan alat kawalan jauh dari rumah. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Robot menari, menyanyi dengan kawalan tetikus



ROBOT wanita (tiga dari kanan) setinggi 1.58 meter menyanyi dan menari bersama beberapa penari lain di Ekspo Kandungan Digital di Tokyo.


TOKYO - Penyelidik-penyelidik di Institut Lanjutan Sains dan Teknologi Jepun mencipta robot wanita yang boleh menyanyi dan menari serta dikawal dengan tetikus.

Robot yang dinamakan HRP-4C itu dipamerkan pada Ekspo Kandungan Digital di Tokyo.

Dengan menggunakan tetikus komputer, pengguna dengan mudahnya boleh mencipta pergerakan robot itu seperti menari dan melompat.

Satu perisian yang dicipta akan mengira jangkaan pergerakan robot itu seperti bila ia bakal melompat.

"Dengan perisian itu, kita berharap akan menjadikan robot bergerak, menyanyi dan berjalan dalam satu pertunjukan fesyen. Kami mahu mencipta satu kandungan baru teknologi industri," kata seorang penyelidik dari institut itu, Shinichiro Nakazawa. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Jurugambar Britain menang saman syarikat filem lucah







LONDON - Seorang jurugambar Britain, Lara Jade Coton (gambar) menang ganti rugi £82,000 (RM252,929) dalam samannya ke atas sebuah syarikat filem lucah di Amerika Syarikat (AS).


Jurugambar itu menyaman syarikat filem lucah TVX Films dari Texas, AS selepas ia menggunakan gambarnya untuk kulit video cakera digital (DVD) tanpa kebenarannya.


Syarikat filem itu menggunakan gambar yang dirakamkan semasa dia berumur 14 tahun. Gambar tersebut disiarkan di Internet sebelum ia digunakan oleh syarikat penerbitan lucah itu.


Jurugambar itu berkata: "Saya tidak mahu dikenali sebagai gadis industri filem pornografi. Saya berasa gembira kerana kes itu pada akhirnya selesai."


Menurutnya, kes itu yang difailkan di sebuah mahkamah di Tampa, Florida, AS bukan bertujuan untuk mendapatkan wang.


"Saya perlu mempertahankan hak saya dalam pekerjaan termasuk reputasi profesional dan peribadi saya," katanya. Hakim yang memberikan kemenangan kepada jurugambar itu menyatakan, imej tersebut memberikan gambaran seolah-olah gadis berkenaan bekerja dalam industri lucah. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Lelaki kahwin dua dalam tempoh 24 jam


AZHAR HAIDRI (kanan) duduk bersama saudara-maranya di Multan.


MULTAN - Seorang pemuda Pakistan berumur 20an, Azhar Haidri merancang untuk berkahwin dengan dua wanita dalam tempoh 24 jam. Rancangan itu mendapat perhatian ramai penduduk di Pakistan kerana pemuda tersebut mahu menyelesaikan dilema yang menghantui dirinya.

Dilema yang dihadapinya itu ialah dia jatuh cinta dengan seorang wanita berusia awal 20 tahun, Rumana Aslam.

Bagaimanapun, keluarganya mahu Azhar berkahwin dengan seorang wanita berumur 30an, Humaira Qasim yang menjadi tunangnya sejak dia kecil.

Dia pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya itu.

Namun, disebabkan ancaman kemungkinan keluarganya berpecah-belah, dia merancang untuk berkahwin dengan kedua-dua wanita tersebut.

"Saya membuat tawaran saya akan bernikah dengan kedua-duanya," kata Azhar sebelum dia bernikah dengan wanita pilihan keluarganya itu di bandar Multan.

Menurutnya, kedua-dua wanita itu bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Dia akan berkahwin dengan wanita pilihan hatinya itu.

Beberapa stesen televisyen di Pakistan merancang untuk membuat liputan majlis perkahwinan Azhar secara langsung kerana ia dianggap unik.

Kedua-dua wanita itu menyatakan mereka berpendapat tolak ansur merupakan satu cara penyelesaian yang terbaik. 

Mereka merancang untuk hidup sebagai kakak dan adik serta rakan.

"Saya berasa gembira kerana kami akan menyintai lelaki yang sama," kata Rumana.

Azhar yang merupakan seorang pengamal perubatan herba menganggap dirinya bertuah.

"Adalah sesuatu yang jarang berlaku apabila dua wanita bersetuju untuk berkahwin dengan seorang lelaki," katanya. - AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Tempe diubah jadi bar coklat


BAR coklat tempe yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar UPM di Serdang.


SERDANG - Pernahkah anda terfikir bahawa makanan tradisional masyarakat Jawa iaitu tempe mampu menjadi hidangan moden yang lazat seperti bar coklat?

Hasil ciptaan kreatif pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ini pasti menjanjikan sesuatu yang berbeza jika berjaya dipasarkan secara komersial.

Menurut Ketua kumpulan Nutri Nine Food Industries, Sew Chang Chew, 22, kumpulan yang menghasil Choc Tempt, ia merupakan ciptaan kreatif mereka yang mahukan produk asas tempatan dimodenkan dan mampu menyaingi produk antarabangsa.

"Kami melihat tempe mempunyai potensi yang sangat besar, oleh itu kumpulan kami yang mempunyai sembilan ahli mengambil keputusan untuk menjadikan tempe sebagai asas projek," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, mereka mengambil masa satu semester untuk menghasilkan ciptaan mereka ini dari bahan mentah kepada produk siap dengan pembungkusan.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Serangga terpanjang dunia



SEORANG petugas Muzium Sejarah Alam menunjukkan mentadak yang diberi nama Phobaeticus chani di London.


LONDON - Seekor mentadak sepanjang tangan manusia yang ditemui di Sarawak menjadi serangga paling panjang di dunia, kata saintis dari Britain.

Spesimen berkenaan ditemui oleh seorang lelaki, Philip Bragg dan kemudiannya diserahkan kepada pencinta alam sekitar Malaysia, Datuk Chan Chew Lun pada 1989.

Seorang saintis di Muzium Sejarah Alam di London, Paul Brock yang tidak mempunyai kaitan dengan penemuan tersebut berkata, ia tidak disangkal sebagai serangga terpanjang yang pernah ditemui berikutan keganjilan saiznya.

Ia kelihatan seperti sebatang buluh dan serangga berwarna hijau itu mempunyai ukuran 56.7 sentimeter (cm).

Serangga itu berukuran 35.7 cm dari hujung kepala hingga ke abdomen di mana ia mengalahkan rekod serangga terpanjang sebelum ini iaitu Phobaeticus kirbyi berukuran 2.9 cm yang juga berasal dari Borneo. 

"Serangga itu mempertahan diri dengan cara bergantung pada ranting pokok dan ia bergerak mengikut arah tiupan angin," kata Brock. - AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kepala manusia dibawa ke pasar


http://cdnimg.visualizeus.com/thumbs/9c/bb/funny,head,man,photomanipulation,photoshop,screw,on-9cbb2402f7befd9eb7a4f345192cd2ca_m.jpg

LUCKNOW – Seorang wanita memenggal kepala seorang lelaki yang didakwa cuba menyerangnya dan kemudian membawa kepala lelaki berkenaan ke sebuah pasar di utara India, kata polis.

Seorang pegawai polis, Ram Bharose berkata, polis menahan wanita itu lewat kelmarin selepas menerima beberapa panggilan daripada saksi-saksi yang terkejut setelah wanita tersebut membawa kepala manusia ketika berjalan-jalan di pasar.

Insiden ngeri tersebut berlaku di kampung Makkapurva iaitu 200 kilometer di tenggara Lucknow di negeri Uttar Pradesh. – AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

petua-petua berguna part 3- khas ibu bersalin

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5a7bNquhZSzMqu22oeyWJ4jCMR612a21HJZqrtuRp5MsVFmoil0w7dc4susFEHtdsEZU4nOVs_e5v5NaS9toKwWKx31foDpt1Dp7O_aVVxX7jww-9z52O4_jtAVC6c3efY4xqlnRyMLqW/s1600/images+%25283%2529.jpgRebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXUYvhyfE-E8LGM80900zhZAkx2Q2nN3aVjdticmhSn9XxtAAFqGMkwMA1Zq2TfjcM2cVJR6b2R8CiYHEMKmxHr2XTOZNj-19Tb4UHjulCVhebE2SyJ09Wxm0LjhTxDuh-bxoTErxNapU/s400/ikan.jpgIkan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJ20n0c2ffviCmjhn_X-hbGiUyXwAydjh02QQ_ohCshGNXZY76iVgplEg2Pl63M03mx4TdpzDVsttmTgW2qRKFSiR3OaHli-3Tmro1DHgPzBDNlOZpQYSyBs30to7CLmB6t4K-rZ-7wv0f/s320/jenis-teripang-atau-gamat1.gifRebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_0BhR-ybBGITlK13MnaixM2qDJslbcqPGKvhQWgKIEH4mcq7xJzHXKSmRaFM8R_cicWlyYD0JSgR6D8kwibgiz5tK1jKWIKkNdBD6TYBCcqK5F6kgoxOzIdm9aUuWMq2v3NbKtsRED5t1/s1600/manjakani.jpgCampurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyRqbz9nabVMyHM94Oq4hObEyYM-J_s3lpn29Acqj7d-TKh9tgp_CaUukRQj-rj901juAylukmDT_86UDLqAYBIIaNNGf3ry8dJaSuYjbo4YriuhWiYZCyULcCbk4dv1v21D9NEoUWNu11/s1600/daun+pegaga.jpgMinumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

 Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
 http://infopasutri.files.wordpress.com/2011/03/daun_sirih3.jpg 
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkoJDghrV3pZC5GkeM6gpq_uMeSmj4zjIayll5_8B2nfWoGXUow8yhIVpCctcffowdTlrEASIqDD8lPBPBWiD0in6UfwfTRiGptJhOLoQYTSS96NeXudXcUZSfqUjugQHdCjlWdgR2oxKt/s1600/daun_betik.gif 
Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfoldCObIkc7WUiC0lf5Lg1-2x30u6TCUeqfLU5atUtlVeQgijKY-NwvTDmgr-ZhNvdv3eTLKXQKUfLMdnjwNK1BSWnUodFuBKEoSRwCDIZDg6a9n7xv5LLlsPB0KI9EPa1iqvD6a1Sasl/s320/lobak.jpg 
Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhecAXBZnEWlnIPGcsSIgDpXyb7bs4HC-LJAz2leGNOF_LQ8Bg6lG8FOe6iINsNEGWg1BmHGTXMyXBrCV9_EfVsEevvpoogZHGamelxKcbMhb-RUlNVqZ8UmACXa0knt0oW0XeEmptJREu/s1600/jntung+pisang.jpg 
Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

petua-petua berguna part 2

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUHmVQZJT-_HYlarF9GYdqbBFUN0JwZhE7ZDTC70Ig8eV7V3VWL4-9TuuyVxnxkPjCk4BeSp1xCv67sBjWKcwY9QMYaK58oTKuZvjis6kE1SrWzo_Yvw_qx1HLPYQaF5Npq4hY8VmRj8U/s1600/25042010447.jpg 
Menghilangkan Bisa-bisa Tulang

  • Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
  • Rebus ayam muda (?) dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
  • Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Lapangan terbang angkasa pertama dunia dibuka


KAPAL induk White Knight TWO yang membawa kapal angkasa SpaceShipTwo dipamerkan di hangar Lapangan Terbang Spaceport di New Mexico kelmarin.


UPHAM, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair Britain, Richard Branson  dan Gabenor New Mexico, Susana Martinez mengalu-alukan kehadiran beratus-ratus orang semasa perasmian Lapangan Terbang Angkasa Lepas pertama di AS dikenali sebagai Spaceport America.

Pada majlis tersebut, orang ramai berpeluang menyaksikan penerbangan pesawat utama, White Knight TWO yang akan membawa pelancong mengelilingi orbit di angkasa lepas.

Ibu Branson, Eve turut hadir pada majlis tersebut. 

Wanita itu berkata, dia sebelum ini tidak pernah terfikir bahawa orang awam akan dapat berkunjung ke angkasa lepas.

Mennurutnya, dia merancang untuk menaiki penerbangan White Knight TWO.

Syarikat penerbangan angkasa lepas milik Branson, Virgin Galactic dijadual memulakan penerbangan komersial angkasa lepas dari terminal ini yang dibina di sebuah gurun di Sierra.

Spaceport America akan menempatkan kapal angkasa lepas Virgin Galactic, pusat kawalan dan tempat persediaan untuk pelancong-pelancong angkasa lepas yang menempah penerbangan ke orbit bumi. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Lelaki tangkap 13,000 burung liar dipenjara



SEJUMLAh burung dan ayam yang dikurung di dalam reban ayam di rumah Pierre Johansson di Hudiksvall, Sweden.


STOCKHOLM - Seorang lelaki Sweden yang menangkap 13,000 burung liar dan mengurung hampir ratusan haiwan itu di dalam sebuah rumah telah disabitkan atas kesalahan menyeksa haiwan dan pemburuan haram. 

Mahkamah Daerah Hudiksvall kelmarin menjatuhkan hukuman penjara satu tahun enam bulan terhadap lelaki berkenaan, Pierre Johansson, 39, kerana menggunakan jaring dan perangkap yang menyalahi undang-undang untuk menangkap burung-burung tersebut.

Antara burung yang ditangkap ialah burung hantu, helang, pipit, ayam, dan belatuk.

Selepas merakamkan aktiviti penangkapan tersebut, dia telah membebaskan beberapa ekor burung tersebut tetapi masih bersalah atas kesalahan mengurung ratusan burung lagi di dalam sangkar dan dikunci termasuk sebuah reban ayam di garaj rumahnya.

Johansson mengaku tidak bersalah dengan menyatakan perbuatannya itu adalah untuk memberi perlindungan kepada burung-burung tersebut pada musim sejuk dan tidak berniat untuk menyeksa haiwan itu. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kekasih ditangkap kerana tak bayar bil makan


VERO BEACH , Amerika Syarikat (AS) - Komplot sepasang remaja untuk makan percuma gagal apabila mereka ditangkap polis negeri Florida selepas melarikan diri dari sebuah restoran T.G.I. Friday baru-baru ini, lapor laman gawker.com.

Pihak berkuasa berkata, Devin Norling, 18, dan teman wanitanya, Sydney Sanders, 19, merancang komplot 'makan dan lari' untuk mengelak membayar bil makanan sebanyak AS$25.16 (RM78.42) di restoran T.G.I. Friday di pusat beli-belah Indian River Mall di sini.

Dalam aduannya kepada polis, pengurus restoran berkenaan berkata, selepas mereka selesai makan, Sanders dilihat berjalan menuju ke pasar raya Macy's.

Menurutnya, Norling bertanya lokasi tandas.

Selepas meninggalkan tandas, Norling berjalan kembali ke sebuah bilik belakang dan cuba untuk meninggalkan restoran dengan menggunakan laluan kecemasan ketika kebakaran.

Satu bunyi amaran kebakaran kemudian berbunyi dan pengurus restoran tersebut mengarahkan Norling ke laman dalam bangunan.

Menurut pengurus itu, seorang pelayan kemudian menyerahkan bil kepada Norling.

Norling, katanya, mengeluarkan dompetnya dan tidak mengeluarkan sebarang wang sebaliknya memasukkan semula dompetnya ke dalam poketnya.

Dia kemudian berlari keluar dari restoran itu dan melompat pagar restoran dan menuju ke pasar raya Macy's.

Menyedari mereka telah ditipu, pengurus restoran berkenaan menghubungi polis yang kemudian menahan pasangan remaja tersebut.

Semasa disoal siasat, Norling mengaku dia tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak makan selama beberapa hari.

Kedua-dua remaja tersebut didakwa kerana menipu untuk mendapatkan makanan. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Pelatih kecergasan angkat motosikal seberat 120kg


RAHUL TIWARI mengangkat sebuah motosikal seberat 120 kilogram di Lucknow, India.


LUCKNOW - Seorang pelatih kecergasan, Rahul Tiwari yang berusia 28 tahun mengangkat sebuah motosikal seberat 120 kilogram (kg) dalam satu latihan kecergasan di bandar ini kelmarin.

Tiwari bertindak mengangkat motosikal itu selepas mendapat ilham daripada seorang aktor Bollywood, John Abraham.

Pada september 2011, Abraham mengangkat sebuah motosikal seberat 115kg. - Reuters

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Azam wakil rakyat mak nyah pertama di Poland




WARSAW - Anna Grodzka akan menjadi wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah apabila dia mula menjalankan tugasnya bermula 8 November 2011.

Dia mahu mengetengahkan rang undang-undang berhubung hak kesaksamaan termasuk juga menggunakan dana negara untuk melakukan pembedahan menukar jantina di negara yang dihuni majoriti masyarakat Kristian Katolik.

"Saya akan menjadi diri saya yang sebenar dan mahu membuktikan pandangan serong orang ramai terhadap saya adalah tidak adil," kata Grodzka.

Ahli politik yang kini berusia 57 tahun itu berkata, dia akan turut memperjuangkan mengenai kesatuan bagi golongan mak nyah, persenyawaan tabung uji dan lain-lain hak minoriti.

Dalam satu temu bual dengan laman portal Gadu-Gadu, Grodzka berkata dia juga mahu mengetengahkan rang undang-undang sama seperti di Australia yang menyediakan ruangan pilihan kategori jantina di pasport iaitu lelaki, wanita atau lain-lain.

Dilahirkan sebagai lelaki, Grodzka yang merupakan penerbit filem dokumentari selesai menjalani pembedahan penukaran jantina pada tahun lalu.

Dia merupakan calon parti Gerakan Palikot yang memenangi 10 peratus sokongan pada pilihan raya Parlimen pada 9 Oktober lalu.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Saluran Sesame Street digodam dengan video lucah

http://assets.huluim.com/shows/key_art_sesame_street.jpg

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Program kanak-kanak Sesame Street kembali ke alam siber selepas siarannya di saluran YouTube menjadi sasaran beberapa penggodam tidak dikenali yang menggantikan watak Ernie, Abby, Big Bird and the Cookie Monster dengan video lucah.

Laman perkongsian video YouTube milik Google menarik balik saluran tersebut pada Ahad lalu apabila program kanak-kanak itu digantikan dengan klip video dewasa berjudul: Kandungan Terbaru Sesame Street Khusus Untuk Kanak-Kanak! Dibawa Kepada Anda Oleh Mr EdWxwx.
 
"Kami memohon maaf atas masalah yang dialami para penonton kami berhubung siaran Sesame Street di saluran YouTube," kata satu kenyataan di laman web www.youtube.com/sesamestreet selepas program itu pulih.

Seorang jurucakap YouTube memberitahu agensi berita AFP: "Garis panduan komuniti YouTube melarang penyiaran bahan lucah. Seperti biasa, kami membuang kandungan tidak bersesuaian sebaik sahaja kami dimaklumkan mengenainya,".

Program Sesame Street di YouTube memiliki hampir 500,000 penonton berbayar. - AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...