widget

Wednesday, October 19, 2011

Jurugambar Britain menang saman syarikat filem lucah







LONDON - Seorang jurugambar Britain, Lara Jade Coton (gambar) menang ganti rugi £82,000 (RM252,929) dalam samannya ke atas sebuah syarikat filem lucah di Amerika Syarikat (AS).


Jurugambar itu menyaman syarikat filem lucah TVX Films dari Texas, AS selepas ia menggunakan gambarnya untuk kulit video cakera digital (DVD) tanpa kebenarannya.


Syarikat filem itu menggunakan gambar yang dirakamkan semasa dia berumur 14 tahun. Gambar tersebut disiarkan di Internet sebelum ia digunakan oleh syarikat penerbitan lucah itu.


Jurugambar itu berkata: "Saya tidak mahu dikenali sebagai gadis industri filem pornografi. Saya berasa gembira kerana kes itu pada akhirnya selesai."


Menurutnya, kes itu yang difailkan di sebuah mahkamah di Tampa, Florida, AS bukan bertujuan untuk mendapatkan wang.


"Saya perlu mempertahankan hak saya dalam pekerjaan termasuk reputasi profesional dan peribadi saya," katanya. Hakim yang memberikan kemenangan kepada jurugambar itu menyatakan, imej tersebut memberikan gambaran seolah-olah gadis berkenaan bekerja dalam industri lucah. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...