Laman perkongsian video YouTube milik Google menarik balik saluran tersebut pada Ahad lalu apabila program kanak-kanak itu digantikan dengan klip video dewasa berjudul: Kandungan Terbaru Sesame Street Khusus Untuk Kanak-Kanak! Dibawa Kepada Anda Oleh Mr EdWxwx.
"Kami memohon maaf atas masalah yang dialami para penonton kami berhubung siaran Sesame Street di saluran YouTube," kata satu kenyataan di laman web www.youtube.com/sesamestreet selepas program itu pulih.
Seorang jurucakap YouTube memberitahu agensi berita AFP: "Garis panduan komuniti YouTube melarang penyiaran bahan lucah. Seperti biasa, kami membuang kandungan tidak bersesuaian sebaik sahaja kami dimaklumkan mengenainya,".
Program Sesame Street di YouTube memiliki hampir 500,000 penonton berbayar. - AFP
No comments:
Post a Comment