macam sedap!!! XD
Friday, December 14, 2012
petua untuk redakan kemarahan
a) Mula-mula kita perlu malu dengan
Allah s. w. t akan segala tindak- tanduk kita. Allah memerhatikan segala
perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat
kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan
dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan
betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk
daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang
marah.
f) Apabila datang
marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim )
kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak
boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana
ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu
tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada
Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka
orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan,
juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih
sayang.
j)Satu cara lagi,
apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah,
sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai
reda.
note: memang sehari dua rasa nak maraaaaaaaaaaaah je ;p
Subscribe to:
Posts (Atom)