1. Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah
membuat permohonan kepada Mahkamah Syari‘ah di mana (tempat) dia
bermastautin.
2. Sebelum sesuatu permohonan cerai dikemukakan
kepada Mahkamah Syari‘ah, pihak suami isteri diminta membuat pengaduan
ke Bahagian Khidmat Nasihat/Rundingcara di Pejabat Agama Islam Daerah
untuk diberikan rundingan terlebih dahulu.
3. Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah Syari‘ah.
4. Setelah Mahkamah Syari‘ah bersidang dan membuat sesuatu keputusan
mengenai perceraian pasangan tersebut, pihak Mahkamah hendaklah
menghantar satu salinan keputusan permohonan tersebut kepada Pendaftar
Perkahwinan, Penceraian dan Ruju‘ Daerah yang berkenaan.
5.
Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menyemak keputusan
perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut. Jika terdapat
keraguan atau kesilapan teknik hendaklah dikembalikan untuk pembetulan.
6. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menandatangani
Sijil Cerai yang telah disempurnakan dan menghantar satu salinan kepada
Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju` Negeri.
7. Pendaftar
Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mendaftarkan
perceraian tersebut di dalam Buku Daftar Cerai.
8. Pendaftar
hendaklah menyerahkan Sijil Cerai tersebut kepada pasangan berkenaan
setelah isteri tersebut tamat ‘iddahnya dan direkodkan di dalam buku
daftar serahan sijil cerai.
9. Bagi kes suami yang ingin
berkahwin dengan perempuan lain semasa dalam ‘iddah isterinya, maka
pihak suami dikehendaki membuat permohonan berpoligami kepada Syari‘ah
di mana tempat ia bermastautin/tinggal.
10. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mencatatkan maklumat Mahkamah.
3. Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah Syari‘ah.
4. Setelah Mahkamah Syari‘ah bersidang dan membuat sesuatu keputusan mengenai perceraian pasangan tersebut, pihak Mahkamah hendaklah menghantar satu salinan keputusan permohonan tersebut kepada Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju‘ Daerah yang berkenaan.
5. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menyemak keputusan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut. Jika terdapat keraguan atau kesilapan teknik hendaklah dikembalikan untuk pembetulan.
6. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menandatangani Sijil Cerai yang telah disempurnakan dan menghantar satu salinan kepada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju` Negeri.
7. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mendaftarkan perceraian tersebut di dalam Buku Daftar Cerai.
8. Pendaftar hendaklah menyerahkan Sijil Cerai tersebut kepada pasangan berkenaan setelah isteri tersebut tamat ‘iddahnya dan direkodkan di dalam buku daftar serahan sijil cerai.
9. Bagi kes suami yang ingin berkahwin dengan perempuan lain semasa dalam ‘iddah isterinya, maka pihak suami dikehendaki membuat permohonan berpoligami kepada Syari‘ah di mana tempat ia bermastautin/tinggal.
10. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mencatatkan maklumat Mahkamah.