widget

Wednesday, October 19, 2011

Berebut ikan gergasi dengan buaya



SMITH berdiri di sebelah ikan kerakap yang

ditangkap selepas menewaskan seekor buaya.


SEORANG guru seni dari Ireland Utara, Tim Smith terpaksa bertarung dengan seekor buaya besar sebelum berjaya menangkap seekor ikan raksasa.

Dia bersaing dengan reptilia itu dan secara kebetulan berebut menangkap ikan yang sama semasa memancing di atas sebuah bot kecil di sungai Victoria Nile, Uganda.

Smith, 39, yang bertugas di Portora Royal School di Enniskillen dekat sini mendakwa, dia 'bertarung' selama 45 minit sebelum memperoleh ikan kerakap seberat 113 kilogram.

Buaya tersebut sudah pun membuka rahang mulutnya untuk membaham Smith sebelum dia menghidupkan enjin bot dan segera menuju ke arah kawasan air terjun Murchison.

"Saya melihat buaya itu meluru ke depan bot saya dan cuba menarik ekor ikan kerakap tetapi ia gagal berbuat demikian kerana saiz ikan ini amat besar sebelum buaya itu merempuh kuat bot saya pula," katanya.

Ikan air tawar sepanjang 1.82 meter yang dipancing Smith itu turut mengatasi rekod ikan kerakap terbesar sebelum ini dan pernah ditangkap di kawasan sama yang beratnya 104 kilogram. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

2 comments:

  1. besar gila ikan raksasa ni..boleh kaya ni..tapi tak pernah jumpa kat malaysia kan..ikan-ikan kecik je yg lalu kat selat melaka kot..hehe

    ReplyDelete
  2. sanggup nye dia. mujur tak de pape.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...