widget

Showing posts with label sperm. Show all posts
Showing posts with label sperm. Show all posts

Friday, October 14, 2011

tips lelaki- cara pekatkan air mani

http://3.bp.blogspot.com/-JVyXp62a6ss/TafzSLbN-fI/AAAAAAAAA_I/gFYUZ9ZAQJ0/s400/AIR%2BMANI.jpg 


1)Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.

2)Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.


3)Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.


4)Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.


5)Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek aka boxer dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.


6)Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.


7)Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.

8)Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.


9)Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.


10)Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Monday, August 8, 2011

Sel tunjang hasil sperma tiruan

TIGA ekor anak tikus berjaya dilahirkan melalui proses penghasilan sperma tiruan  hasil kajian saintis Jepun.
■ TIGA ekor anak tikus berjaya dilahirkan melalui proses penghasilan sperma tiruan hasil kajian saintis Jepun.
 
 
TOKYO: Saintis Jepun mencipta sperma tiruan menggunakan sel tunjang buat kali pertama dalam kejayaan saintifik yang bakal membuka jalan menyediakan rawatan baru bagi lelaki tidak subur.

Penyelidik kesuburan mencipta sel benih yang menghasilkan sperma dalam makmal dan memindahkannya kepada tikus tidak subur dan mendapati haiwan itu mampu melahirkan anak selepas rawatan. Perkembangan itu, dianggap pakar sebagai amat menarik, dipercayai dapat membantu beribu lelaki tidak subur menjadi bapa jika kaedah itu terbukti memberi kesan sama kepada manusia. Penyelidikan yang diketuai Dr Katsuhiko Hayashi menyuntik sperma tiruan ke dalam te-lur tikus dan memasukkannya ke dalam saluran peranakan tikus betina, yang melahirkan anak sihat.

“Anak tikus itu apabila dewasa mampu melahirkan anak secara semula jadi,” kata Dr Katsuhiko dalam kajian diterbitkan jurnal Cell.

Uji kaji sebelum ini bertujuan menghasilkan sperma daripada sel saraf tunjang janin tidak begitu berjaya dan dalam kebanyakan kes melahirkan anak tidak sihat yang kemudian mati.

Pakar kesuburan dan pensyarah kanan bidang andrologi di Universiti Sheffield, Dr Allan Pacey, berkata kejayaan itu langkah hebat bagi mengembangkan proses menghasilkan sperma untuk merawat lelaki tidak subur.

“Rawatan ini memerlukan doktor mengambil sel kulit atau tulang sum-sum pesakit untuk diuji. Namun banyak lagi kajian perlu dibuat untuk menapis proses ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Kesuburan Britain yang juga perunding pakar sakit puan di Pusat Kesuburan Newcastle, Dr Jane Stewart, berkata kemampuan menghasilkan sel mengeluarkan sperma manusia dalam makmal menjadi kejayaan dalam rawatan kesuburan. – Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...