Showing posts with label cat. Show all posts
Showing posts with label cat. Show all posts
Friday, October 14, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Saturday, October 8, 2011
Lawa, kucing istimewa 26 jari
BAKRI dan isterinya menunjukkan kucing istimewa berjari 26 bernama Lawa di Kampung Alor Sena, Padang Besar.
PADANG BESAR - Seekor kucing betina milik pasangan suami isteri di Kampung Alor Sena dekat sini memang istimewa. Ini kerana ia yang diberi nama Lawa memiliki 26 jari pada kakinya.
Lebih istimewa, Lawa dikatakan cekap menjaga sekitar rumah tuannya yang terletak di kawasan sawah daripada ancaman haiwan perosak seperti tikus mungkin lantaran jari kakinya yang banyak itu.
Lawa memiliki tujuh jari di kaki kanan dan kiri hadapan manakala dua kaki belakangnya masing-masing mempunyai enam jari.
Menurut pemiliknya, Bakri Abu Hanifah, 49, sejak dia memelihara Lawa empat bulan lalu ketika usianya dua bulan, masalah tikus sawah yang kerap mengganggu rumah dan kebun mereka sudah tiada lagi.
"Menariknya, Lawa tidak makan tikus yang dibunuhnya dan dalam sehari, Lawa tangkap lebih lima ekor tikus," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Sena dekat sini semalam.
Bakri yang merupakan seorang pekebun menemui Lawa yang terperangkap pada perangkap musang yang dipasang di kebunnya.
p/s--- masa kecik2 dulu aku rasa kucing2 aku bukan berjari 20
Wednesday, October 5, 2011
Thursday, September 29, 2011
Kucing miliki dua wajah
| SEEKOR kucing memiliki dua wajah di Massachusetts akan berusia 12 bulan dalam bulan ini. |
CONWAY, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing di Massachusetts, AS memiliki dua wajah dan diberi nama Frank dan Louie.
Haiwan itu yang berusia 12 tahun dalam bulan ini merupakan kucing yang memiliki dua wajah paling lama pernah hidup di dunia, kata seorang jurucakap Guinness World Records, Sara Wilcox kelmarin.
Kucing itu mempunyai dua mulut, dua hidung dan tiga mata.
Haiwan itu mempunyai satu otak. - Reuters
Tuesday, September 27, 2011
hotel kucing yang kejam
- Sh
Sungguh menghayat hati bila dapat tahu kes ni berlaku di Malaysia sendiri. PETKNODE CAT BOARDING adalah salah sebuah pusat jagaan kucing di Damansara Damai. Ramai pemilik kucing yang menghantar kucing mereka kepada petknode sempena hari raya. Malangnya, kucing ini dibiarkan begitu sahaja.
Kes ini berjaya dibongkar oleh sukarelawan yang memecah masuk ke premis mereka untuk menyelamatkan kucing-kucing tersebut. Malangnya sudah terdapat 16 kucing yang telah mati kelaparan.
Anak kucing yang dibiarkan mati
Anak kucing yang mati bersama-sama dengan ibunya
Mesej dari KTAj
Kepada semua owner kucing² yang boarding di PN, sila buat repot polis, tulis surat ke Jabatan Haiwan (DVS), SPCA dan tribunal pengguna kerana penipuan perniagaan oleh mereka.
Sila emelkan juga nama, ic number, no fon dan bilangan kucing yang korang boarding. KTAJ dengan kerjasama MDDB selangor akan cuba dapatkan keadilan undang² untuk kucing² kalian. Sebarkan kepada rakan² yang sama² board kucing di PN. ktaj0311@gmail.com.
Terima kasih kepada usaha mereka yang berjaya menyelamatkan saki-baki kucing yang ditinggalkan dari mati kelaparan. Manakala owner petknode tersebut baru sahaja dilepaskan dari tahanan polis mengikut sumber thestar.
p/s: Kepada owner petknode, jika anda terlepas dari hukuman dunia, anda tidak akan telepas dari hukuman akhirat.
Hadis Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar ra, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Ada seorang perempuan yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungkannya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan kedalam api neraka. Wanita itu tidak suka memberi makanan dan minuman ketika dia memenjarakan kucing itu. Juga dia tidak suka melepaskannya untuk ia bebas memakan binatang2 kecil yang melata bumi”
Berikut adalah gambar owner petknode tersebut:
Berikut adalah tawaran yang dijanjikan oleh mereka yang sememangnya palsu belaka:
saya suka membaca.... love, cat
Di China, seekor kucing dikatakan sedang membaca buku kerana didapati merenung setiap baris tulisan berbahasa cina. Kelakuan kucing ini mungkin hendak meniru perlakuan tuannya yang sedang membaca, Jom tengok telatah kucing ni, sampai tertidur sebab penat sangat membaca.
pasar borong kucing
Di Beijing, kucing-kucing terbiar akan ditangkap dan dijual. Kemudian dibunuh dan akan dijadikan makanan exotik diorang. Kejadian ini betul-betul berlaku di sebuah pasar di china. Lebih 10,000 ekor kucing dijual dan dibunuh setiap hari.
Lagi kesian bila kucing-kucing ni dikurung dengan padatnya di dalam sebuah sangkar kecil sebelum dibunuh. Mana sifat keperimanusiaan diorang ni =_=
Subscribe to:
Posts (Atom)



















