1. Genetik - Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang
mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak
kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri
anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak
dalam satu masa.
2. Umur - Wanita yang berumur 35 hingga 40an
dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak
kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk
kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan
lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut
telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak - Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah
melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar
selepas itu.
4. Berat Badan dan Ketinggian - Perempuan yang
tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang
lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet - Pengambilan
makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu
meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
6.
Pengambilan Ubat Kesuburan - Pengambilan ubat kesuburan boleh
meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam
satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak
kembar.
7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar,
sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi
kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia
tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk
dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar
tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak
kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8.
Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Tiga jenis makanan ini dapat
meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar.
Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi,
kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda
amalkan memakan ubi, kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk
mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan
anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki
untuk mendapatkan anak
kalo suka sila share :)
seronok ada kembar tapi nak jaga susah
ReplyDelete