Setiap penyakit ada ubatnya melainkan
mati. Dan jika Tuhan mentakdirkan penyakit datang ke atas makhluk dan
hambaNya, maka tiada siapa dapat menghalangnya. Cuma kita disuruh
berikhtiar untuk menghindari penyakit.
Bukan setiap jenis makanan dapat
melindungi tubuh dari penyakit, beberapa di antaranya ada yang
berfungsi sebagai pembekal tenaga, penyokong proses metabolisme tubuh
dan sebagainya.
Tujuh jenis makanan di bawah ini
insyaAllah boleh membantu tubuh anda terhindar dari penyakit secara
alamiah jika sentiasa mengamalnya.
Madu
Makanan yang dihasilkan oleh
lebah ini berfungsi sebagai antibiotik alamiah dan antiseptik. Selain
mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, madu juga mengandungi zat
pemacu kekebalan tubuh. Biasanya madu digunakan untuk mengubati alergi,
asma, dan masalah pernafasan lain.
Yogurt----- peberet saya :)
Bakteria baik seperti
Acidophilus dan bifidus yang terdapat dalam yogurt berperanan
mengurangkan pertumbuhan bakteria jahat dalam usus, memperbaiki fungsi
kekebalan tubuh serta merangsang pengeluaran vitamin K.
Bawang putih
Kandungan allicin dalam bawang putih boleh berperanan sebagai antivirus dan antibakteria.
Cili Merah (Cayenne)
Cili Merah @ Cayenne dapat
merangsang peredaran darah dan mengubati beberapa penyakit pencernaan.
Makanan ini mempunyai kadar vitamin A, B, C, kalsium, dan potasium yang
tinggi.
Asam dan alkalin
Campuran asam atau alkalin yang
seimbang didakwa memperbaiki pencernaan dan membantu penyembuhan.
Contohnya minuman perahan limau yang dicampur dengan air hangat.
Sayuran hijau
Kobis, swiss chard, dan bayam
merupakan beberapa bentuk sayur-sayuran hijau yang mengandungi vitamin
B12, asam folat, potassium, vitamin A, C, dan K, yang semuanya dikenali
boleh meningkatkan kekebalan tubuh.
Halia
Jenis makanan ini boleh membantu
mengeluarkan peluh, meneutralisasi racun, menurunkan demam, mencetuskan
pelepasan lendir dan berkesan untuk melegakan pernafasan dan saluran
paru-paru.
No comments:
Post a Comment