INDIANA: Seorang bekas ahli gusti profesional mengemukakan saman
terhadap lawannya kerana menyepak bahagian sulitnya terlalu kuat hingga
menyebabkan satu buah zakarnya pecah hingga terpaksa dibuang.
John Levi Miller, 23, turut mengemukakan saman terhadap promoter yang mengatur perlawanan mereka tahun lalu.
Malah, Miller mendakwa, lawannya itu sepatutnya kalah kepadanya di
gelanggang mengikut persetujuan sebelum perlawanan tetapi bertindak
sebaliknya ketika bertarung.
Dalam samannya, Miller mendakwa Clinton Woosley adalah ‘heel’, takrif
merujuk kepada orang yang sudah dipilih untuk kalah dalam perlawanan
itu Jun lalu, lapor akhbar The Courier-Journal di Louisville, Kentucky.
Katanya, Woosley yang menggunakan nama Guido Andretti ketika
bergusti menolak permintaannya supaya mereka merancang pertarungan
seperti biasa
dilakukan sebaliknya menyatakan sudah faham dan akan berakhir seperti dirancang.
Bagaimanapun, Woosley cuba menang perlawanan mereka dan membuat sepakan kuat ke bahagian sulitnya, kata Miller.
Menurut maklumat laman web gusti, Miller dilaporkan sebagai seorang
ahli gusti muka baru WWE yang menggunakan nama ‘The Playboy J-Millz.’
Peguam Miller, Larry Wilder dari Jeffersonville, memberitahu
akhbar bahawa anak guamnya meletakkan ais pada bahagian sulitnya selepas
pulang daripada perlawanan dengan Woosley.
Oleh kerana keadaan tidak semakin baik, Miller mengunjungi
hospital keesokannya apabila doktor memutuskan untuk membuang buah zakar
sebelah kanannya yang pecah.
Promoter perlawanan, Sam Cosby, pemilik ‘Coliseum Championship
Wrestling’ yang menaja pertarungan menyifatkan keterangan Miller tidak
benar.
Katanya, Miller menang perlawanan itu seperti yang dirancang dan tidak memberitahu mengalami sebarang kecederaan.
“Dia tidak pula mengadu apa-apa,” kata Cosby. – Agensi
kalo suka sila share :)