Wednesday, June 13, 2012
adakah rakan anda ada ciri-ciri ini? sila berhati-hati! dia mungkin makhluk asing
1) Dia selalu merenung bintang sambil berkata... "Ohh, rindunya aku kat kampung halaman yang jauh di sana." sambil tangannya menunjuk ke langit.
2) Biasanya menatang ni kan ada "sense", jadik dia memang sangatlah tak selesa bila berdepan dengan kucing yang selalunya akan tenung di semacam saja.
3) Tersangat-sangat tak puas hati dengan filem pasal alien yang selalu di gambarkan sebagai makhluk berfigura pelik dan jahat.
4) Korang rasa macam ada benda yang korang ingat-ingat lupa. Kemungkinan mata korang dah di laser le tu.. ala macam dalam citer MIB tuh.
5) Dia kuat komplen... tak tahan panas, tak tahan sejuk, tak tahan lapar, tak tahan kenyang, tak tahan segala macam yang sangat janggal berlaku pada seorang manusia tulen serta asli.
6) Korang macam perasaan yang dia boleh mengawal cuaca. Tengah hujan lebat dengan kilat sabung-menyabung tapi bile je dia cakap "berhenti" tak sampai sepuluh minit dah terang. Korang macam bermimpi aje yang sebelum tadi hujan macam nak giler.
sebab-sebab korang tak perlu cari kerja
1) Tidak perlu bersusah payah nak cari kerja disebabkan kerja yang datang cari anda.
2) Ibu ayah dan mak bapak kaya-raya, bak kata pepatah "berkoyang gedung di darat, berpeti kapal di laut."
3) Bapak mentua tokey kayu balak, harta melimpah... makan sampai lapan belas keturunan pun tidak habis-habis.
4) Jumpa harta karun.
5) Masih bayi dan di bawah umur tanggungan emak dan bapak.
6) Anak-anak tiap-tiap bulan tidak miss bagi duit, pencen pun ada... itu tidak termasuk duit simpanan di dalam bank lagi.
7) Jenis suka pilih kerja, satu pun tidak ada berkenan di hati tetapi kelulusan pula tidak seberapa.
8) Menang jack pot... habis dah duit belanja anak bini makan. Main... menang lagi, gitulah sampai sudahnya. Err... apakah itu satu peringatan atau ujian? HEHE!... lu pikirlah sendiri.
9) Tunggu masa nak masuk liang lahad daa...
10) Memang dasar pemalas, makan minum ditanggung bini yang siang malam terpaksa bekerja.
Tuesday, June 12, 2012
mari belajar bahasa mahkamah
MENIMBULKAN KERAGUAN MUNASABAH
Abu menimbulkan keraguan munasabah kepada guru kelasnya apabila memberi alasan untuk tidak hadir ke sekolah kerana nenek bersalin pada tengah pagi tadi.
MEMFAIL PERMOHONAN
Kak Abu memfailkan pemohonan untuk bekerja di syarikat import dan eksport itu dengan menghantar resumenye dalam fail sebagai permohonan berserta gambar berukuran passport.
SABIT KESALAHAN
Jika sabit kesalahan, abang Abu boleh dikenakan hukuman kerana dengan sengaja menyorokkan dua bilah sabit tukang kebun sekolah biarpun hanya sekadar gurauan bersama rakan-rakan.
SEBUTAN SEMULA
Adik Abu yang baru berusaha setahun diajar melakukan semua perkataan yang diucapkannya supaya ianya lancar dan tidak kedengaran seperti nyanyian penyanyi rap yang begitu laju.
MEMBERI KETERANGAN
Ayah abu memberi keterangan kepada pihak TNB tentang masalah bekalan tenaga elektrik yang terputus tiba-tiba di rumah, dipercayai berpunca daripada kehadiran surat merah.

Subscribe to:
Posts (Atom)