Kisah
ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia
nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca
budiman.
Kisah
berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut
.Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
tersebut.
Beliau
merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali
apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan
berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar
budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh
terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan
tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah
lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap
sekeping cermin.
Oleh
kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan
cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya
dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh
dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur
tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya
kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu
dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai
saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada
bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung
sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan
cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan,
tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas
makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak
melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia
cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh
cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong
sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau
berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila
Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi
besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi
menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan
persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya
di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh
bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu
yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka
semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang
ingin beli UBI tersebut bolehlah hubungi talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)
gurauan lepas terawikh XD
kalo suka sila share :)