widget

Sunday, September 16, 2012

cara paling mudah halau nyamuk!

aku duk cari cara2 nak halau nyamuk sebab tiap2 malam tido aku terganggu, asal terbangun je takdenya perkataan baik keluar dari mulut aku... hangin betoll.... dah la dalam ramai2 orang, aku paling cepat kena gigit nyamuk.,.. ntah apa ada dalam darah aku ni sampai nyamuk suka... meh kita tengok cara2 nak halau nyamuk dengan mudah kat bawah ni.
http://iluvsuperstore.com/sunlight.jpg
1. Cecair pencuci pinggan – Masukkan ke dalam mangkuk, dan letakkan berhampiran tempat kita duduk, nyamuk akan tertarik dengan baunya (?), dan melekat di mangkuk itu.
 http://images.wikia.com/transformers/images/d/d3/Mountain_Dew.jpg
2. Air berkarbonat Mountain Dew yang dicampur dengan sedikit cecair pencuci pinggan – Masukkan campuran kedua-duanya di dalam bekas dan letakkan berhampiran anda. Mungkin cecair pencuci pinggan turut memainkan peranan besar di sini (seperti tips pertama)
 http://aliensandangels.files.wordpress.com/2012/02/dream-bubble.jpg
3. Buih sabun (yang dimasukkan dalam pistol atau senapang sabun budak-budak tu!) – Fun way of getting rid of the mozzies! Cara ini dikatakan agak berkesan (sekali lagi, sabun berperanan penting di sini…)
 http://farm4.static.flickr.com/3653/3292701426_32cf7f10e4.jpg
4. Daun kucai – Potong daun kucai dan taburkan di sekitar tempat kita duduk. Nyamuk benci bau daun kucai, dan dipercayai akan menjauhinya.
 http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/01237/mouthwash_1237355c.jpg
5. Cecair pencuci mulut – Ya, cucian mulut (mouthwash) seperti Listerine, Plax ataupun mana-mana jenama boleh dicampurkan dengan sedikit air dan semburkan di badan…Selain badan berbau wangi ‘minty’, nyamuk pun lari juga…
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWk1KUDrfGLrdQN9j4JmQV5sAEB53DUEBWDfYe1THP35GcGwRSzkHvI2xjA0XHrXbzXI3QZDz6vvi1fTngkiYK5HC-FqHhzOYn_qsb6xDdbL8_36DMwwAkXzEuMOvJzDsRZI8o_NDUKYmB/s1600/Garlic+bulbs.jpg
6. Bawang putih – Tips yang ini mungkin ada yang suka, ada yang tidak suka. Makan bawang putih ataupun masakan yang banyak kandungan bawang putih akan menyebabkan nyamuk lari meninggalkan anda, begitu juga dengan Vampire dan juga orang di sekeliling anda! Hahaha

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Saturday, September 15, 2012

asal usul jenama terkenal

Adakah anda sudah tahu mengenai bagaimana jenama-jenama terkenal di dunia mendapat nama?Jika tidak,jom kita baca info di bawah.


































gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

stokin untuk aktiviti lasak

Stokin kevlar ini boleh melindungi kaki anda daripada objek tajam dan membolehkan anda untuk berjalan, berlari,memanjat batu tanpa kasut dan banyak lagi perkara yang selalunya anda perlu memakai kasut. 
Stokin Perlindungan Swiss ini menyebabkan abda berasa seperti berkaki ayam semasa memakai stokin ini..Ia diperbuat daripada Kevlar, poliester, spandex, dan kapas.







gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Friday, September 14, 2012

sebab islam haramkan seks melalui dubur

imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal".

 Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). 

Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."


http://www.queerty.com/wp/docs/2009/07/nogaysex.jpg
Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.


2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.


3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.


4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.


5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.


6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.


7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.


8. Wajah tidak berseri.


9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.


10. Menimbulkan kebencian.
http://i163.photobucket.com/albums/t287/martiallady/merahnye.jpg

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Thursday, September 13, 2012

wajib baca! hukum guna ayat quran sebagai ringtone

masih ramai lagi di kalangan kita yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone/nada dering. Niat mereka mungkin baik iaitu mungkin mendapat pahala apabila mendengar ayat-ayat suci tersebut.
http://www.olliehales.com/wp-content/uploads/2011/11/ringtones.gif 
Tetapi, tanpa mereka sedari amalan tersebut sebenarnya dilarang dalam Islam.

Satu mesyuarat Majlis Fatwa Ulama’ Saudi telah diadakan pada 17 Nov 2007 membincangkan perkara ini. Majlis ini dihadiri oleh 70 org perwakilan figh dunia dan ianya dipengerusikan oleh Mufti besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali Al-Syeikh. Hasil daripada perbincangan, ulama-ulama berpendapat:

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Sheikh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh., pada hari Khamis 12 November 2009 telah mengharamkan penggunaan penggunaan Al-Quran sebagai nada dering kata beliau:

“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar:

“Ayat-ayat yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.”

Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Kata Sheikh Dr Mahmoud Ashour:

“Ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”.

Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut:

“Orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran mengganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Ini disepakati oleh Darul Ulum Deoband India yang juga mengharamkan amalan ini. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur:

“Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxU68Nn6hulh0ZOQTouxwte_uxxBbLYsmYa2qJSHPb3Bjq3AM-U1UeYq01sTRQdhWDGONI318C3uJRT_78FMZHIx5ABWOWsymdvx5CH7APr1s8jv5RzU6bPFEM2pG3y_AHSX-5r_RBE3N8/s1600/blog.jpg 
Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

- Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.

- Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang mendengar itu diam dan mendengarnya.

- Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.

- Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

- Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan.

Wallahua’lam.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...