Gaya kanak-kanak itu, Thylane Lena-Rose Blondeau yang semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia dua kali ganda umurnya.
Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet.
Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas.
Dilahirkan di Ivory Coast, Thylane merupakan anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon VĂ©ronika Loubry.
Seorang perunding psikologi, Dr. Emma Gray menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa.
Menurutnya, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi. - Agensi
lagi gambar Thylane..
dengan mak dia... |
pssst- aku pon nak anak comel tapi xmau sekali2 anak aku rosak.. hek hek
No comments:
Post a Comment