menangis boleh melegakan perasaan seseorang- gambar hiasan
sudah sah bahawa wanita menangis lebih kerap, lebih lama dan dramatik berbanding lelaki!
menurut satu kompilasi kajian saintifik yang dijalankan oleh persatuan oftamologi jerman, secara puratany, wanita menangis di antara 30-64 kali setahun, sedangkan lelaki hanya menangis sekitar 6-17 kali dalam tempoh yang sama.
tempoh tangisan lelaki biasanya berlangsung sekitar 2-4 minit manakala sesi tangisan wanita pula kira-kira 6 minit.
para penyelidik mendapati wanita menagis ketika dibelenggu sesuatu masalah yang sukar diselesaikan atau apabila teringat sesuatu yang lampau.
"lelaki pula lazimnya menangis apabila mengasihani orang lain atau ketika berdepan dengan kegagalan sesuatu hubungan," jelas salah seorang penyelidik.
fungsi sebenar menangis masih tidak dikenal pasti. namun tangisan dipercayai menjanjikan sesuatu kesan yang melegakan tuan empunya badan.
No comments:
Post a Comment