Sukan ini merupakan sukan olahraga kebangsaan dari Afghanistan. Sukan yang dinamakan Buzkashi ini dimainkan oleh dua pasukan dalam satu permainan. Kedua-dia pasukan yang bertanding akan berusaha untuk merebut anak sapi yang telah mati. Anak sapi ini kemudiannya akan dilemparkan ke dalam gawang gol dan sekiranya ia tidak dapat ditangkap oleh penjaga gol, maka kemenangan akan menjadi hak milik pasukan yang berjaya melemparkan anak sapi ke gawang gol.
2. Melempar Handphone
Satu kejuaraan melempar handphone telah diadakan di Finland. Penilaian dilakukan berdasarkan jarak terjauh dan teknik melemparkannya. Handphone yang layak untuk menyertai permainan ini pulak tidak boleh kurang daripada 220 gram.
3. Menggendong Isteri
Satu perlumbaan merentas trek atau padang yang becak dan penuh dengan halangan sambil menggendong isteri masing-masing. malang lah bagi para suami yang mempunyai isteri tahap ‘sihat’ (sihat macam aku .. keh keh).sudah pasti dapat nombor 1 ke belakang + lenguh bahu + sakit-sakit badan + diketawakan orang.
4. Cheese Rolling
Cara sukan ini dimainkan adalah dengan menolak sebuah kotak beroda berisi keju di kaki bukit dan para peserta akan berusaha mengejar kotak tersebut. Tapi pada tahun 1998, pihak polis telah menghentikan acara tersebut daripada dilangsungkan dengan alasan acara ini adalah berbahaya kerana di kebanyakan akhir pertandingan, ramai peserta yang akan mengalami patah kaki dan kecederaan ringan lain.
5. Melempar Manusia Kerdil
Sukan pelik dan aneh ini berasal dari Australia dan telah diwujudkan sejak tahun 80-an lagi. Sukan ini dimainkan dengan melempar orang kerdil yang telah dilengkapkan dengan pakaian keselamatan, dan sesiapa yang melempar paling jauh adalah pemenangnya. Sukan ini kemudian diharamkan dengan alasan ia memperlekehkan orang kerdil.
6. Lontar Tuna
Festival Tunarama ini merupakan acara tahunan yang diadakan di Port Lincoln, Australia Selatan. Ikan tuna yang sudah busuk akan digunakan untuk di lontarkan.
No comments:
Post a Comment