|
BURTON - Seorang ibu, Kacey Gretton, melahirkan bayi perempuan pada pukul 11.11 pagi pada 1.1.2011 di hospital Queen's di sini.
Kacey berkata, dia dan ibunya menganggap tarikh kelahirkan anaknya yang seberat 3.76 kilogram itu merupakan satu detik yang indah.
Menurutnya, anak yang diberi nama Rose itu menangis kuat semasa dia dilahirkan.
Suami Kacey, Neil Gretton, 31, yang bekerja sebagai seorang pereka grafik menyatakan bahawa Rose merupakan anak pertama mereka.
Kacey, 24, terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak itu selepas dia dimasukkan ke hospital tersebut selama tiga hari.
"Saya berharap, Rose akan menjadi seorang bayi yang bertuah," kata Neil. - Agensi
No comments:
Post a Comment