LICHFIELD - Sepasang pengakap kanak-kanak di Britain, Jack dan David Taylor memecah rekod pengakap dengan menjadi kembar pertama yang mengumpulkan semua lencana persatuan itu.
Pasangan kembar itu yang menganggotai Kumpulan Pengakap Lichfield ke-7 di England, memperoleh kesemua 33 lencana pengakap semasa mereka berusia cuma 10 tahun.
Setiap lencana tersebut mewakili satu tugasan dan mereka perlu menyempurnakan 33 cabaran untuk mendapatkan semua lencana itu.
"Saya mendapati ia sukar tetapi cabaran-cabaran itu menyeronokkan. Saya bernasib baik kerana dapat berusaha bersama saudara kembar saya," kata Jack.
Antara tugasan yang dilepasi mereka termasuk kerja komuniti, kecergasan dan cabaran global. - Agensi
No comments:
Post a Comment