widget

Tuesday, October 18, 2011

tidur berteman mayat rakan


USUNG...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
USUNG...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat. 
 
MAUT...mayat seorang daripada dua lelaki Pakistan yang dibuang dari jambatan.
MAUT...mayat seorang daripada dua lelaki Pakistan yang dibuang dari jambatan. 
 
GERIK: 18-10-2011- Berpantang maut sebelum ajal. Itulah ungkapan paling tepat bagi seorang lelaki yang masih hidup biarpun parah di kepala akibat ditetak dan patah kedua-dua kaki selepas dicampak dari atas sebuah jambatan setinggi kira-kira 40 meter di sini, sejak empat hari lalu.

Menambahkan lagi penderitaannya, sepanjang tempoh berkenaan, lelaki warga Pakistan terbabit terpaksa tidur bertemankan mayat dua rakan senegaranya yang sudah berulat dan reput selepas kedua-duanya terbunuh sejak hari kejadian.

Penderitaan lelaki berusia 30-an itu hanya berakhir apabila dia ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk kampung yang mencari pucuk paku di lokasi kejadian di bawah Jambatan Kenderong di Kilometer 8.9 Jalan Gerik - Kupang, kira-kira jam 2 petang semalam.

Difahamkan, untuk menyambung nyawa, mangsa yang cedera akibat ditetak di kepala dengan parang terpaksa minum air sungai dan lopak kerana tidak mampu merangkak naik ke tebing jambatan yang ketinggiannya bersamaan bangunan lima tingkat.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan ketiga-tiga mangsa itu kira-kira jam 3.15 petang lalu bergegas ke lokasi kejadian.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...