|
BERLIN - Tiga orang maut manakala 35 lagi cedera dalam dalam rempuhan melibatkan 52 buah kenderaan di sebuah lebuh raya di barat Jerman, kata polis.
Polis berkata, kemalangan tersebut berlaku dalam cuaca berkabus di sebuah lebuh raya A31 dekat bandar Muenster.
Menurut polis, ratusan petugas kecemasan tiba di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap dan membantu mereka yang cedera.
Setakat ini, pakar-pakar masih menyiasat punca nahas jalan raya besar-besaran itu. - Reuters
No comments:
Post a Comment