widget

Monday, November 14, 2011

Budak bersin 12,000 kali sehari



GAMBAR menunjukkan sebelum dan semasa Lauren bersin.



RICHMOND - Seorang budak perempuan di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Lauren Johnson, 12, bersin sehingga 20 kali seminit atau 12,000 kali sehari.

Lauren mula bersin tanpa henti sejak diserang selesema dan menyebabkan dia tidak dapat pergi ke sekolah malah sukar menjamah makanan.

Namun, Lauren tidak bersin semasa dia tidur pada waktu malam dan keadaan aneh tersebut turut membingungkan doktor-doktor yang belum tahu puncanya.

Dalam satu wawancara menerusi program Today Show di stesen televisyen NBC kelmarin, dia turut bersin pada siaran bual bicara .

"Saya tidak boleh berhenti (bersin)," kata Lauren dalam temu ramah lima minit itu.

Ibunya, Lynn Johnson berkata, anaknya telah banyak bertemu dengan ramai pakar perubatan untuk menjalani diagnosis dan sudah mencuba 11 jenis rawatan yang berbeza.

Seorang pakar percaya dia menderita sindrom yang dikenali bersin mesingan merujuk kepada seseorang yang bersin tanpa henti. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...