widget

Wednesday, December 14, 2011

ipod selamatkan budak perempuan dari petir



BAJU yang dipakai Sophie terbakar kerana disambar petir.



SOPHIE memakai iPod.

ESSEX - Seorang remaja perempuan di sini iaitu Sophie Frost terselamat kerana petir yang menyambar iPod miliknya tidak menyebabkan badannya terbakar.
Remaja itu sedang berteduh di bawah sebatang pokok kerana hujan dengan gajet itu digantung pada lehernya ketika petir dengan kekuatan 300,000 volt menyambarnya.
Bagaimanapun, Sophie hanya mengalami luka kecil dan rambutnya berbau hangit apabila kilat itu mengalir melalui wayar fon kepala yang tergantung pada pakaian seragam sekolahnya dan tidak mengenai organ penting dalam badannya.
"Saya tidak mengingati apa yang berlaku tetapi semua orang menyatakan saya bernasib baik kerana iPod itu mengalihkan petir daripada mengenai badan saya," katanya.
Ibunya berkata: "Doktor-doktor menyatakan dia terselamat kerana iPod. Sophie bernasib baik kerana tidak memakai fon kepala ketika kejadian. Dia mungkin tidak akan terselamat jika memakai fon kepala," katanya. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...