LISBON - Trend pemanasan iklim global juga menjejaskan populasi sotong gergasi yang banyak terdapat di perairan tropika timur Lautan Pasifik, menurut pakar saintis marin Portugal.
Dalam penemuan kepada jurnal PNAS, penyelidik Rui Rosa dari Jabatan Oseanografi, Universiti Lisbon mendedahkan perubahan suhu itu menyebabkan laut kini lebih berasid.
Keadaan tersebut disebabkan laut menyerap banyak gas karbon dioksida yang dilepaskan hasil aktiviti manusia menjadikan metabolisme sotong kurita itu jatuh 80 peratus.
"Kajian ini selari dengan laporan Panel Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu dan ia juga mengancam batu karang selain daripada spesies sotong raksasa itu," katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment