|
AMSTERDAM - Saintis Belanda mencadangkan usaha besar-besaran penanaman sayuran di perairan masin sebagai langkah mengatasi kekurangan air tawar mentah.
Dalam laporan kepada jurnal Science, Prof. Jelte Rozema dari Free University di sini berkata, proses penyahmasinan amat perlu kerana perairan dunia kian masin.
Dengan hanya satu peratus planet Bumi masih mengandungi air tawar, banyak kawasan pertanian di serata dunia didapati semakin kurang produktif akibat peningkatan kadar kemasinan air.
"Sayur kobis laut dan asparagus banyak ditanam di pantai beberapa negara ribuan tahun dulu malah berpotensi dikomersial bagi menangani air masin," katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment