widget

Tuesday, January 17, 2012

bayi dilahirkan selepas dua hari ibunya meninggal

Seorang ibu yang disahkan meninggal dunia namun melahirkan bayi yang sempurna. Kejadian luar biasa ini menggemparkan dunia kedoktoran. Berita ini menjadi bahan perbincangan bidang perubatan.

Mahmoud Soliman  tidak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapat seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.

Yang mengharukan, Aya Jayne demikian nama bayi tersebut, dilahirkan DUA HARI setelah Jayne disahkan meninggal dunia akibat otaknya tidak berfungsi lagi. Hasil bantuan hospital, Aya dilahirkan dengan selamat.

bersalin selepas meninggal

Sebenarnya kehamilan Jayne tidak mempunyai masalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengeluh sakit kepala. Mahmoud dengan segera menghantarnya ke Hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian,doktor menyatakan otak bekas atlit ski ais nasional Britain ini sudah mati.

Dokter cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan pelbagai peralatan. Upaya ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne dapat ditolong. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya boleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne pun lahir dengan selamat melalui pembedahan.

Selepas keluar dari rahim Jayne, Aya diletakkan di perut ibunya untuk memberi sedikit masa bagi keduanya untuk bertemu. Selepas itu Aya terus dimasukkan ke unit perawatan intensif. Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan penunjang hidupnya.

Perkataan “Aya” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne semasa hidup.





gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...