Dua puluh tahun lalu Chito menemui buaya ini di sungai dengan keadaan hampir mati, terluka kerana tembakan senjata api. Dia menaikkan buaya besar itu ke perahunya dan dibawa ke rumah, lalu lukanya diubati.
“Setiap malam aku tidur di sebelah Pocho ketika dia cedera. Aku memperlakukannya dengan penuh kasih sayang,” kata Chito.
Chito mengambil masa lapan tahun untuk saling memahami dengan Pocho. Sekarang dia sudah boleh berenang bebas bersama Pocho di kolam. Waktu memberinya makan pun Chito terus masuk ke dalam air. Persahabatan di antara manusia dengan buaya ini menjadi tontonan para pelawat yang hadir.
No comments:
Post a Comment