Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah)
sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk
serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama
kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada
isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain,
majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin
(walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin
tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan
tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu
ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan
juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan
dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
- Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
- Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
- Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah
majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara
berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab
sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di
rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung
ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran
anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung,
mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks
pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang
mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari
sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat
terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak
perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah.
Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di
sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan
mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
begitu konselnya...... thx u.
ReplyDelete