SAHAR (tengah) bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Wanita Afghanistan, Husn Banu Ghazanfar (kanan) ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Kabul .
KABUL: Seorang remaja berusia 15 tahun diseksa dengan teruk selain dikunci di dalam tandas oleh keluarga suaminya beberapa bulan lalu selepas enggan menjadi pelacur, kata pihak berkuasa.
Sahar Gul berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan daripada sebuah rumah di wilayah utara Baghlan minggu lalu, selepas jiran melaporkan mendengar tangisan Sahar yang merintih kesakitan.Polis Baghlan berkata, keluarga mentua Sahar mencabut kuku dan rambutnya serta menguncinya di bilik air bawah tanah yang gelap kira-kira lima bulan, tanpa memberi makanan dan air yang mencukupi.“Keluarga suaminya turut menderanya dengan mencucuh api rokok dan menggunakan playar untuk merobek dagingnya.
“Mangsa berkahwin tujuh bulan lalu dan berasal dari wilayah Badakhshan. Keluarga mentua cuba memaksanya melacur untuk mendapatkan wang,” kata Ketua Hal Ehwal Wanita di Baghland Rahima Zarifi kepada Reuters.
Walaupun sukar bercakap, Gul berupaya memberitahu media mengenai pengalaman ngeri yang dilaluinya selama dikurung keluarga mentua.
“Selama beberapa bulan saya dikurung dalam tandas oleh keluarga mentua terutama ibu mentua saya,” katanya.
Gul ditemui dengan keadaan tubuhnya dipenuhi parut dan lebam manakala sebelah mata masih bengkak dan tertutup enam hari selepas diselamatkan.
Menurut doktor, mangsa dirawat di sebuah hospital kerajaan di sini, namun dia mungkin terpaksa dihantar ke India.
“Ini adalah satu daripada kes terburuk keganasan yang berlaku ke atas wanita Afghan.
“Penjenayah perlu dihukum supaya yang lain dapat belajar daripada kesilapan,” kata Menteri kesihatan Suraya Dalil kepada media selepas melawat Gul bersama menteri hal ehwal wanita.
Seorang pegawai polis kanan di Baghlan Mohammad Zia, yang membantu menyelamatkan gadis itu berkata ibu mentua dan kakak iparnya sudah ditahan bagaimanapun suami dan bapa mentuanya melarikan diri.
“Kami sudah melancarka usaha untuk menangkap suami dan pihak lain yang terbabit,” kata Zia. – Reuters/Agensi.
ngerinya cara dia diseksa!!
No comments:
Post a Comment