Banyak kajian dilakukan terhadap manfaat wuduk terhadap kesihatan fizikal manusia. Antara konklusi yang diambil daripada kajian-kajian saintifik ini adalah seperti berikut:
1. Mengenakan air pada anggota-anggota tertentu tubuh boleh mencegah kanser kulit kerana bahagian tubuh yang dibasuh dalam wuduk adalah yang paling biasa terdedah kepada pencemaran dalaman dan luaran. Wuduk berupaya menghilangkan pencemaran ini lima kali sehari dan memastikan lapisan kulit luar sentiasa bersih supaya sel-sel kulit dapat berfungsi dengan baik.
2. Berkumur lima kali sehari boleh membersihkan mulut daripada cebisan makanan yang dimakan. Ini mengelak daripada kerosakan gigi dan gusi. Selain itu ia juga dapat mengelak daripada bau mulut yang busuk.
3. Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya kembali dapat menghilangkan kotoran yang terperangkap pada bulu-bulu hidung. Bulu hidung berfungsi sebagai penapis udara disedut masuk ke dalam sistem pernafasan. Amalan ini mempunyai kesan positif kepada kebersihan hidung. Mereka mendapati orang yang sering berwuduk mempunyai hidung yang lebih bersih tanpa debu atau kotoran pada bulu hidung. Sedang mereka yang tidak berwuduk atau jarang-jarang solat, mempunyai hidung yang hitam, kotor dan bulu hidungnya mudah tercabut.
4. Membasuh muka berulang kali memelihara sel-sel muka dan mencegah berlakunya kedutan awal. Secara tidak langsung ia menjadi terapi anti penuaan yang berkesan. Selain itu, ia juga membantu membersihkan mata dan mencegah jangkitan kuman pada mata.
5. Membasuh tangan sangat membantu memelihara diri daripada jangkitan kuman. Ini kerana, tangan adalah anggota paling kerap memegang pelbagai barang yang sudah tentu tercemar dengan kuman yang tidak terlihat dengan mata kasar. Sedangkan tangan juga digunakan untuk memegang makanan, menggosok mata dan hidung serta menyusap muka dan anggota lain. Dengan kerap membasuhnya secara tidak langsung mengurangkan risiko jangkitan ini.
6. Amalan menyelati jari-jari ketika membasuh kaki juga sangat penting. Ini kerana kaki yang sering berada di dalam kasut yang tertutup boleh merosakkannya sebagaimana kerap terjadi pada atlet. Membongkokkan badan ketika menyelati kaki juga membantu menguatkan pinggang.
Oleh itu, kewajipan berwuduk sebelum beribadah membuktikan pembersihan roh dan jiwa perlu dimulakan dengan pembersihan fizikal luaran. Ini juga menggambarkan kesucian dan kemurnian hati seseorang itu dimanifestasikan melalui kebersihan jasmani yang mantap.
No comments:
Post a Comment