Fakta menarik mengenai wanita, kajian
daripada German Society of Ophthalmology dan dilaporkan dalam the
telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan
menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding
kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun.
Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan
dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali
sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang
wanita akan menangis sebanyak 0.18 kali sehari.
Manakala kalau diambil jumlah maksima
lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki
hanya
menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga
mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis
berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.
Apakah faktor yang menyebabkan wanita
menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan
jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam
Askmen.com, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk
menangis iaitu:
1 Hormon
Perubahan hormon dalam badan wanita
ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka
menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya
dapat diluahkan melalui tangisan.
2 Manipulasi
Wanita mengetahui tangisan mereka
merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di
kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk
memanipulasi pihak lain.
3 Emosi Keikhlasan
Sekiranya tangisan wanita tidak
berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita
menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan
kejujuran.
4 Kemarahan
Berbeza dengan lelaki yang cenderung
menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan
wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang
tida terhingga terhadap sesuatu situasi.
Memori
Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh
emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan
kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini
diluahkan juga melalui tangisan.
Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Sesungguhnya tangisan itu sendiri
merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana
dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis.” (AnNajm: 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa
dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah
mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di
tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis
kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
“Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata
kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila
air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh
debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum
itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan
balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan
api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau
menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan
hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung
dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah
Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,
“Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
No comments:
Post a Comment