widget

Monday, March 26, 2012

perkara yang perlu suami buat kalo bini mengamuk

 
Kalau bini tengah mengamuk sambil baling-baling pinggan mangkuk seboleh-bolehnya suami jangan lari atau mengelak. Tunjukkan kelakian korang dengan berlagak seperti penjaga gol. Sambut dan tangkap pinggan dan mangkuk yang melayang tu. Selain dari menunjukkan bakat yang terpendam korang juga mampu mengelakkan kerugian besar.
 
Kalau bini tengah menangis sambil mulut membebel pasal sikap korang yang menyakitkan hati, korang jangan cepat panik. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus. Ulanglah sebanyak mana yang mampu membuatkan korang rasa tenang. Kemudian barulah korang mula ketawa sebagai bukti yang korang sudah bersedia untuk membuatkan si isteri gembira ketika dia tengah bersedih.

Kalau bini tengah bersiap-siap pek barang nak balik rumah mak, korang jangan dok bersedih atau merayu-merayu sebaliknya korang tolong mana yang patut. Kesian si isteri nak lipat baju sorang-sorang. Kalau ada 5 almari je baju dia memang sampai ke malam tak siap. Jadi tunjukkan yang korang sentiasa menolong membuat kerja isteri.

Kalau bini tengah membebel sepanjang hari sebab tak puas ati, korang jangan cepat jemu dan bosan atau panas ati. Sebaliknya cepat-cepat korang ambil alat muzik yang korang pandai main. Kalau tak pandai buat lah dram dengan baldi. Kemudian korang boleh buat bunyi muzik latar sepanjang bini korang tengah membebel. Nescaya korang mampu menjadi seorang yang kreatif.

Kalau bini bersiap lama sangat sedangkan korang dah get ready nak pergi shopping korang jangan membebel atau cuba memanggil dengan suara marah atau manje. Sebaliknya korang cepat-cepat hidupkan enjin kereta dan tekan pedal minyak kuat-kuat. Sekiranya si bini tak keluar lagi bunyikan hon sekali sebelum korang berlalu pergi shopping sorang-sorang.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

1 comment:

  1. bagus....suka sgt enri ni...nasib baik saya bukan kategori isteri-isteri yg di atas...:) selamat suami saya....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...