CHONGQING - Seorang lelaki di China terpaksa dibedah setelah tali
skip sepanjang 85 sentimeter tersangkut pada pundi kencingnya.
Ia tersangkut selepas Zhao
Chenglin, memasukkan tali itu ke dalam zakarnya sebagai aksi satu
permainan seks.
Dia memasukkan hampir kesemua tali itu ke dalam lubang kencingnya.
Namun, malangnya, tali itu tersangkut semasa dia cuba menariknya keluar.
Pemeriksaan di sebuah hospital kemudian mendapati tali itu bergumpal dan tersangkut pada pundi kencing lelaki tersebut.
Disebabkan tidak mampu membayar kos rawatan, Chenglin terpaksa hidup
dalam kesakitan selama dua bulan sehingga rakannya berjaya memujuk
seorang pakar di sebuah hospital untuk membantunya.
Dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada hari sama sebelum tali itu
berjaya dikeluarkan oleh sepasukan pakar bedah. - Agensi
No comments:
Post a Comment