Waspada terhadap serangga ini.
Walaupun
Nampak kecil dan rupa seolah-olah kerengga tetapi serangga ini
sangat-sangat bahaya. Nama serangga ini Charlie ataupun Kumbang Rove.
Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning
kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala
berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua
mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai “elitron”. Di bawah
sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas.
Selalunya,
kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling
dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai
semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen
supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Habitat Dan Tabiat Permakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan
sawah padi, padang sekolah – antara rumput dan lain-lain. Ia merupakan
serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia
merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi
untuk mengawal serangga perosak padi.
Semasa hujan lebat atau banjir ,
kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.
Kesan pada manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam
badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang
paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43
O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali
lebih tinggi daripada venom ular tedung.
Kumbang rove yang telah
dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai
ketoksinannya.
Persentuhan dengan kumbang ini semasa
bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan
jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang
teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang
rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya.
Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh
kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa
dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Cara Menghidari Serangga Ini
- Tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu atau tingkap kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam,
- Gunakan jaringan nyamuk yang halus.
- Semburan aerosol serangga
- Gunakan perangkap berpelekat
- Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar
- Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.
No comments:
Post a Comment