Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan
dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang
setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di
dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan
dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam
Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk
mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan
bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan
beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah
satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang
individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu
lebih bertenaga dan sihat .
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil
(saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol,
thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan
Asid Amino.
Dalam kitab
Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim
Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah.
Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati
50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan
bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati reumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
- Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
- Polysaccharide
- Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
- Amino acid yang membentuk protein
- Karotene iaitu sumber vitamin a
- Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi
mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda
(daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan
kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan
oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik
(alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein
kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana
penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus
Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus
Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik
untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini
mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati
berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies
Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi
beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut
yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh
mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma
(mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan
gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang
didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang
menyusukan bayi bertambah.
Di Timur Tengah, minyak ini telah
digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit
alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi
terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan
yang buruk, bahkan impotensi.
No comments:
Post a Comment